Ramai Calon Pemilu Indonesia Sakit Jiwa - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Ramai Calon Pemilu Indonesia Sakit Jiwa

Ramai Calon Pemilu Indonesia Sakit Jiwa

Penyakit ganguan mental dan kejiwaan mengintai ribuan calon anggota legislatif (caleg) di Lampung yang akan bertarung di pemilu 2014. Pasalnya, banyak caleg yang siap menang namun tak siap kalah.

“Potensi caleg mengalami gangguan jiwa usai pemilu 9 April 2014 cukup tinggi,” kata Psikiater Rumah Sakit Kurungan Nyawa Ratna Riani, Senin (10/2).

Berdasarkan data Kementerian Kesehatan Tahun 2010, Pemilu 2009 menyebabkan munculnya 7.376 orang sakit jiwa baru. Mereka adalah para Caleg yang gagal memenangkan Pemilu dan duduk di kursi legislatif. Sehingga, hal serupa juga bisa terjadi di Pemilu 2014 mengingat ongkos pemilu masih sangat tinggi dan caleg tidak siap kalah sehingga mengakibatkan depresi hingga gangguan kejiwaan.
Sofyan menjerit sambil badannya bergoncang sementara seorang bomoh cuba mententeramkan calon pilihan raya itu, seorang daripada semakin ramai calon yang mendapatkan rawatan kerana masalah mental selepas pilihan raya minggu lalu.
Jangan ambil undi saya. Saya sudah banyak berbelanja,” jerit Sofyan sementara bomoh berkenaan membaca mantera sambil menuang air bercampur bunga ke atas tubuhnya.
Ramai Calon Pemilu Indonesia Sakit Jiwa
Ramai daripada kira-kira 230,000 calon yang bertanding merebut kerusi parlimen tempatan dan kebangsaan di Indonesia melabur sejumlah besar wang milik peribadi untuk membiayai kempen mereka.
Kini, sebahagian mereka terpaksa membayar balik dengan harga yang amat mahal.
Ada yang mengalami tekanan perasaan yang amat teruk, seperti seorang calon yang dilapor mencuri selipar jirannya sebelum memanjat pokok kelapa untuk bersembunyi.
Pada pilihan raya 2009, ribuan calon dirawat kerana masalah berkait dengan tekanan. Laporan sejak beberapa hari lalu menunjukkan keadaan serupa berulang selepas pilihan raya 9 April lalu.
Walaupun ramai yang tertekan itu mereka yang kalah, ia selalunya tidak begitu kerana ada juga yang menang tetapi mengalami masalah itu kerana sudah berbelanja terlalu banyak. “Mereka hilang wang, tanah, rumah, malah seorang calon terpaksa menyerahkan isterinya kepada lelaki lain kerana dia terlalu sibuk berkempen,” kata Muhammad Muzakkin, dari pusat rawatan tradisional di Pulau Jawa yang merawat 51 calon sejak minggu lalu.
Ramai Calon Pemilu Indonesia Sakit Jiwa
Ramai yang sanggup berdepan dengan masalah itu kerana habuan yang menanti jika menang amat besar - seorang ahli perniagaan mudah mendapat kontrak untuk syarikatnya jika dia juga ahli politik.
Peluang untuk menjadi kaya dengan menerima rasuah di negara yang terkenal dengan budaya politik rasuah itu amat luas.
Kekurangan dana kempen daripada parti bermakna calon terpaksa membiayai sendiri kempennya.
Sofyan menjual dua motosikalnya dan meminjam lebih Rp300 juta (RM85,000) untuk berkempen merebut kerusi parlimen daerah di Cirebon, Jawa Barat.
Ia antara lain digunakan untuk membuat poster dan memberi wang kepada pengundi, amalan biasa walaupun secara rasminya diharamkan. 

2 comments:

RDZ Z said...

Wah dahsyat..jangan sampe gitu pak....

ayut said...

Means diorg nak btanding tu nk dpt habuan la ea..bknnya nak membela rakyat..cane tu?