Shila Amzah Tempat Ketiga I Am A Singer 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Shila Amzah Tempat Ketiga I Am A Singer 2014

Shila Amzah Tempat Ketiga I Am A Singer 2014
Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsa, China semalam.

Shila menerusi Twitternya, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada juara pertandingan itu, Han Lei dari China. “Tahniah kepada Han Lei, juara I Am A Singer 2," ujarnya. Naib juara pertandingan tersebut disandang oleh penyanyi dari Hong Kong, G.E.M.

Shila Amzah Tempat Ketiga I Am A Singer 2014
Pertandingan akhir tersebut turut menyaksikan Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Dalam pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe yang dinyanyikan oleh Whitney Houston dan Mariah Carey manakala di pusingan kedua pula,

Shila Amzah Tempat Ketiga I Am A Singer 2014
Shila menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M secara solo. Sebelum berjaya memasuki pusingan akhir, Shila telah menyandang tempat kedua pada minggu ketujuh pertandingan itu, 21 Februari lalu selepas menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye.

Shila yang sedang mencipta nama di China pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.



Jom kita lihat video Shila Amzah nyanyi lagu dari filem Disney Frozen. Lagu Cina kau orang tak faham lak kalau aku letak...kerana aku pun tak faham jugak..hahahahhahaha.

4 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Tahniah buat Shila Amzah...

RDZ Z said...

Suara dia not bad. Tahniah ya Shiela!!!

Engku Muzahadin said...

Okay la tu kan...

Kathy R'bain said...

tahniah Shila..