Header Ads

Ujian Air Kencing Setiap Hari Untuk Pemandu Bas Ekspres

Ujian Air Kencing Setiap Hari Untuk Pemandu Bas Ekspres

Isu bas ekspress kemalangan sudah menjadi satu isu yang normal dan terkini dua kes dalam masa 2 minggu. Nampaknya tiada penyelesaian yang jitu dari pihak berkuasa berkenaan hal ini hinggalah isu panas ini menjadi sejuk....semua orang lupa hingga ia berlaku lagi. Tipikal budaya Malaysia.

Dan terkini  pemandu bas ekspress harus menjalani pemeriksaan air kencing SETIAP HARI. Aku rasa macam tak rasional pula kalau buat setiap hari tetapi kalau penguatkuasa ada tenaga kerja maka boleh kekalkan sistem ini 


Ujian Air Kencing Setiap Hari Untuk Pemandu Bas Ekspres
Tapi aku tetap kata sistem air kencing ini jika dibuat setiap hari agak sukar. Kalau seminggu sekali mungkin rasional. Entah ler....Apa pendapat anda?

Semua pemandu bas ekspres akan menjalani ujian air kencing di semua terminal bas pada setiap hari mulai hari ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
"Jika dahulu kita buat hanya pada setiap musim perayaan tetapi kini kita akan buat setiap hari untuk memastikan tahap kesihatan pemandu bas sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kemalangan bas di sini hari Selasa.

Beliau berkata operasi yang melibatkan seramai kira-kira 8,600 pemandu ini akan dilaksanakan dengan kerjasama di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Jelasnya lesen memandu akan ditahan serta-merta sekiranya pemandu tersebut gagal (positif) dalam ujian air kencing itu.

Selain dari itu, katanya pihak JPJ juga akan membuat operasi penyamaran sebagai penumpang setiap hari bermula hari ini.

"Anggota JPJ ini akan menyamar dan merekodkan kesalahan-kesalahan para pemandu sepanjang perjalanan, dan sekiranya terdapat kesalahan saman akan

Ujian Air Kencing Setiap Hari Untuk Pemandu Bas Ekspres
dikeluarkan serta-merta sebaik bas tersebut sampai ke destinasi," katanya.

Katanya, pihak JPJ juga akan membuat pemeriksaan ke atas bas ekspres dan persiaran di hentian rehat dan rawat bagi memastikan setiap bas mempunyai dua orang pemandu.

"Mengikut peraturan bas yang melakukan perjalanan lebih dari 300km mesti mempunyai pemandu kedua dan ini akan dikuatkuasakan mengikut ketetapan di bawah Kaedah 10B Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan arahan ini akan berkuatkuasa serta-merta," tegasnya.

Timbalan Menteri itu berkata arahan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meletakkan nombor kenderaan bas dan nombor telefon untuk membuat aduan pada setiap tempat duduk di bas mulai 1 Julai.

"Jadi sekiranya penumpang ini mendapati pemandu bas tersebut memandu laju mereka boleh terus membuat khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor tersebut," katanya.

Selain itu, katanya, pemasangan sistem pengesan global (GPS) akan diwajibkan pada setiap bas ekspres dan bas persiaran dalam masa dua bulan ini.

"Dengan sistem ini, setiap bas akan dapat dipantau oleh syarikat masing-masing sama ada bas tersebut melanggar had kelajuan, tidak mengikut laluan yang ditetapkan dan pihak SPAD juga dapat memantau jika sistemnya diganggu," katanya.

3 comments

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Pada zumal rasa wajar juga diambil ujian air kencing setiap hari memandangkan terlalu banyak kemalangan bas sejak akhir2 ini ataupun lakukan lain2 ujian yang lebih praktikal...

Jazz Lover said...

Baguslah kalau macam tu. Saya pun ragu2 gak nak naik bus kalau tak ada ujian nie. Mana tau kot2 driver tu tengah 'high'. Hahah.

Sukma Haron said...

Setuju tu ...peringatan kepada syarikat2 bas