Analisa Datuk Ahmad Said Keluar Parti - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Analisa Datuk Ahmad Said Keluar Parti

Analisa Datuk Ahmad Said Keluar Parti
Isu Trengganu kini merupakan isu terhangat dipasaran dan di jangka dalam minggu ini ia akan menjadi trending dalam laman media Malaysia.

Dimana Datuk Ahmad Said telah meletakkan jawatan dan selepas itu ia meletak jawatan lagi sebagai ahli UMNO dan menjadi ADUN bebas untuk kawasannya. Tindakan keluar parti beliau diikuti oleh ADUN Ajil Ghazali Taib.

Salah satu isu terhebat dan mungkin mengegarkan ialah peletakan jawatan Datuk Ahmad Said dan Ghazali Taib sebagai ahli UMNO. 

Dengan keluarnya mereka dari UMNO secara langsung Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Oleh yang demikian sesuatu keputusan untuk kebaikan rakyat akan terjejas kerana jumlah pembangkang dan pemerintah adalah sama. Isu menjaga kebajikan rakyat menjadi isu kedua dan isu politik dalaman menjadi isu pertengkaran di Dewan Undangan Negeri nanti.

Jika dilihat sejarah politik Malaysia, kes sedemikian pernah terjadi di Perak dahulu,, Ingatkan...hehehehehe.

Tidak Bekuasa Tapi Berkuasa
Dalam hal ini   Datuk Ahmad Said akan mendapat  imbuhan terbaik!!! Perancangan Datuk Ahmad Said dan Ghazali Taib keluar parti dan menjadi ADUN Bebas akan memberi kekuatan dalam membuat keputusan. Tatkala pembangkang dan pemerintah bertekak di Dewan Undangan Negeri mengenai sesuatu isu,  keputusan terletak di tangan mereka samada menyokong pembangkang atau pemerintah!! Hebat kan!!! 

Dalam hal ini saya teringat pepatah politik walaupun tidak berkuasa lagi tetapi ia masih berkuasa!!

Menutup Malu
Mana-mana individu yang berkuasa dan tiba-tiba hilang kuasa sudah tentu akan malu. Bayangkan jika kita berada di tempat  Datuk Ahmad Said yang bermula sebagai Menteri Besar dan tiba-tiba mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan datang hanya sebagai ahli ADUN yang biasa sahaja. 

Itu pun nasib baik kalau dapat pangkat jadi Exco Negeri kalau tak dapat lagi malu!!

Aku sebenarnya tak pasti apa yang berlaku di Trengganu hingga Datuk Ahmad Said  perlu meletak jawatan dan sudah tentu pakar politik sudah menjangka kekecohan akan berlaku.

Dalam hal ini,  Datuk Ahmad Said perlu ambil tindakan untuk menjaga maruahnya. Dan tindakan terbaik beliau ialah keluar parti. Apatah lagi beliau mendapat sokongan rakan politik iaitu Ghazali Taib.

Kesimpulan
Apa yang dapat aku katakan ini adalah permainan atau survival politik dimana yang terkuat dan bijak pasti akan kekal di persada politik..

Namun apabila kita terlalu menitik berat survival politik secara tak langsung rakyat akan tersempit. Inilah yang kita sering dimomokkan Rakyat Didahulukan...hehehehehe,

Apa sudah jadi dengan prinsip memperjuangkan rakyat!!! 
Aku harap isu politik di Trengganu ini diselesaikan dengan berhemah dan pantas.. Aku tidak layak memberi idea penyelesaian kerana ada yang lebih hebat dalam hal ini.

Trengganu jika sekali lagi beralih tangan ke pembangkang bukan salah rakyat tetapi permainan politik...

Pssssss: Aku harap SPRM kena buat sesuatu tentang lompat parti dan keluar parti lerrr...



2 comments:

Nor Salmi said...

Moga segala kemelut dapat diselesaikan dengan baik dan rakyat tak menjadi mangsa.

Kathy R'bain said...

hai..ada² je..