Header Ads

Anjing Dipenjara Seumur Hidup

Anjing Dipenjara Seumur Hidup
Seekor anjing baka Pit Bull yang membaham seorang kanak-kanak tahun lalu, semalam dihukum penjara seumur hidup di tempat perlindungan yang dikendalikan di sebuah penjara dan di bawah pengawasan Syerif Wilayah Maricopa, Joe Arpaio.

Hakim Deborah Griffith memutuskan anjing bergelar Mickey itu perlu menghabiskan sisa hidupnya di tempat perlindungan berkenaan. Pada 20 Februari, Kevin Vicente, empat, dibaham anjing itu, menyebabkan soket mata dan rahangnya cedera. Akhbar Newsday melaporkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun pada masa depan.
Anjing Dipenjara Seumur Hidup

Aktivis hak asasi haiwan bertindak membela anjing berkenaan dan berkongsi imej Mickey dalam talian untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam media sosial, berita kejadian ini mendapat sambutan berbelah-bahagi.

Ada yang berpendapat Mickey perlu dibunuh dan sebahagian lagi berkata, langkah menyerahkannya kepada pusat perlindungan adalah lebih berperikemanusiaan.

Anjing Dipenjara Seumur Hidup

2 comments

ZUKI DIN said...

anjing x bersalah tp tuannya la yg patut dihukum...

Kathy R'bain said...

adeh...pelik,pelik..