Header Ads

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia

Semalam kita dikejutkan Datuk Aziz Sattar telah dimasukkan ke hospital sebab serangan jantung dan khabar terakhir ialah kesihatannya bertambah baik.

Namun hari ini kita dikejutkan dengan pemergian Datuk Aziz Sattar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia
Legasi Pendekar Bujang Lapuk telah lengkap dengan pemergian Datuk Aziz Sattar namun kita semua tetap mengakui keunggulan Datu Aziz Sattar dan rakan-rakannya sebagai seniman agung sepanjang zaman.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Seniman lagenda, Datuk Aziz Satar difahamkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini. Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul dua pagi, sebentar tadi.

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan pelbagai lagi.

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

 Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

2 comments

zulhilmi tempoyak said...

innalillahiwainnailaihirojiun

Kathy R'bain said...

gugur lagi seorang lagenda.."(..al fatihah..