Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!
Hari ini sudah masuk hari kedua Drama Slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan ditayangkan di kaca tv. Namun aku merasakan ketidak logikan drama ini...

Dalam episod 1 dan 2, Indah iaitu watak utama Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan telah ditinggalkan di kawasan rehat oleh kakak tirinya iaitu Wati yang merancang untuk sabotaj pernikahannya.

Indah telah ditinggalkan oleh Wati semasa Indah pergi sembahyang di surau berdekatan dan bertambah malang beg tangannya juga tertinggal di kereta ....

Setakat ini aku lihat memang logik drama ini dan seterusnya ia tidak menjadi logik...hehehehehe.

Indah terkapai-kapai di kawasan rehat tidak tahu hendak buat apa tanpa duit di tangannya. lalu beliau pun tidur di surau dan tidur lagi...hehehehhe.

Pada masa beliau tidur, beliau terdengar bunyi telefon bimbit dan mengangkatnya. Rupa-rupanya ada Datin yang tertinggal telefon yang sedang di chargingnya...

Indah angkat telefon tu dan pulangkan pada Datin tersebut dan sebagai balas budi Indah. Datin memberi duit kepada beliau.
Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!

Apa Yang Tak Logik:

a) Indah tahu dia nak kahwin besok ini, tapi tersangkut di kawasan rehat.  Katakan kereta anda rosak dan esok anda nak nikah ini, duit dan handphone pula tertinggal kat rumah. Apa nak buat?

Ini bukan masalah kecil ini. Kalau aku ialah aku akan pinjam duit atau handphone dari orang ramai dan telefon sesiapa yang aku kenal. Takkan kau tak hafal no telefon tunang kau, ayah kau atau ibu kau atau kawan kau..
Tapi aku lihat Indah rileks ajer...bantai tidur lagi....hehehehhe

b) Katakanlah Indah malu nak pinjam duit tapi kan dia dapat duit dari Datin tu. Apa salahnya kalau dia telefon keluarga dia dulu. Katakan hal ini berlaku pada anda, dalam kepala kau orang mesti risau apa yang berlaku kat kampung yang sedang buat majlis perkahwinan aku ini....

Kita mesti akan cari jalan untuk berkomuikasi dengan mak dan ayah kita punya!!!

c) Ketiga ialah tak logik Datin nak charging handphone kat surau dan lepas tu tinggalkan di surau. Aku tanya pada anda semua, berani ker kau buat macam tu.....heheheheh.

Lagi pun Datin kan orang kaya, takkan dalam kereta tak der charger handphone cucuk kat kereta sampai perlu charging kat surau.....hemmmm

d) Kalau Indah malu nak telefon dan malas nak telefon atau memang dia tak ingat langsung semua no telefon mak, ayah, tunang dan rakan dia,  kan ada polis di kawasan rehat atau PLUS di kawasan rehat.

Minta bantuan mereka dan hantar anda ke balai polis berdekatan dan minta bantuan mereka  telefon balai polis di kampung mereka dan sampaikan berita beliau di tinggalkan di kawasan rehat.

Terpaksa!!! Keranan esok kau nak kahwin ini!!!!

e) Keempat, drama ini memalukan budak universiti kerana Indah ialah lepasan universiti. Takkan budak yang berpelajaran tak boleh fikirkan penyelesaian kepada masalah ini. Dan jika benar tak hafal no telefon mak dan ayahnya aku pun tak tahu nak komen...hahahahaha.

Yang aku lihat si Indah ini macam blur ajer....hahahahaha.

Kesimpulan
Drama ini adalah zaman berteknologi tinggi dan semua orang mempunyai telefon. Komunikasi adalah mudah. Lainlah kalau drama ini berkisar pada zaman 50an mungkin ada logiknya....

Maaflah kerana aku lihat memang tak logik. Mungkin semasa membaca novel dan intepretasikan  ke drama ada bezanya...

Kerana kata bini aku semasa baca novel ini dia pun tak terfikir kelogikannya jalan cerita ini.  Bila ditayangkan sebagai drama nampak tak logik pula dan teramat blurnya Indah...hahahahaha.

Share:

10 comments