Ferrari California T Di Jual Di Malaysia Dengan Harga Asas!!! - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Ferrari California T Di Jual Di Malaysia Dengan Harga Asas!!!

Ferrari California T
Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia), pengedar rasmi kenderaan Ferrari tempatan, hari ini telah melancarkan model terbaharu, Ferrari California T. Kereta terbaharu berkenaan ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga asas iaitu RM888,800 seunit.

Ferrari California T
Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan Strategik Korporat Naza World, Datuk Maruan Mohd. Said berkata, generasi terkini Ferrari California T adalah lebih pantas dengan kecekapan enjin yang lebih berkuasa sekali gus memaksimumkan penggunaan ekonomi bahan api.

 "Kereta ini telah diperbaharui dengan sistem kabin yang telah dinaiktaraf, prestasi memuncak dan keupayaan untuk membuka bumbung kereta dalam masa hanya 14 saat," katanya di sini dalam Majlis Pelancaran Model Terbaharu Ferrari California T sebentar tadi.

 Turut hadir Pengerusi Bersama Syarikat-syarikat Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Ferrari California T

Ferrari California T

1 comment:

Nadia Johari said...

Kalau den kayo..beli satu yerus