Header Ads

Hampir Jadi Mangsa Gores Dan Menang

Hampir Jadi Mangsa Gores Dan Menang

Hari ini aku hampir menjadi mangsa gores dan menang tadi petang semasa aku baru balik membeli barang di Tesco sama mak aku.

Memang hebat teknik mereka iaitu ia memberi dua kupon kertas gores dan menang pada aku dan mak aku. Masa aku gores, aku tak menang apa-apa pun dan masa mak aku gores, mak aku dapat hadiah special seperti gambar kat atas itu bernilai RM9900.

Aku berpeluang memenangi kereta mewah atau beberapa barangan bernilai tinggi. Sebagai syaratnya aku kena bawa mamat cina tu ke syarikat mereka untuk mengambil barangan percuma.

Aku awal-awal dah tahu, ini mesti kes tipu punya dan sebagai alasan aku kata sibuk sangat hari ini dan minta maaf tak berminat.
Hampir Jadi Mangsa Gores Dan Menang

Aku ingin pesan pada semua rakan-rakan blogger semua terutama wanita, jangan terpedaya dengan sindiket sebegini!!

Bayangkan jika anda setuju untuk membawa mamat tu ke syarikat beliau akan berlaku 2 perkara:

a) Syarikat itu memang ujud dan anda memang perolehi hadiah istimewa tetapi anda kena bayar wang tambahan kalau hendak barangan yang lebih bernilai.

Sebagai contoh mereka akan beri anda kereta mewah dengan tambahan RM5000 sahaja!!!.
Kalau anda tidak berminat,apa-apa sahaja boleh berlaku pada anda masa anda berada di kedai mereka...huhuhuhuhu.

b) Ini untuk WANITA, jangan sesekali membawa orang asing masuk ke dalam kereta anda. Buatnya syarikat tersebut juga sindikit pelacuran, bukan kau orang dapat apa-apa. Kereta kau kena curi dan kau pun kena jual dan paling tragis dan pasti kena rogol....

Aku tidak pernah yakin anda boleh kaya tanpa melakukan apa-apa usaha!!!
Tiada kejayaan tanpa usaha kecuali kalau ada peraduan macam Power Root tu lain ler...ahaks. Boleh menang RM1 juta.

Tapi macam kes ini, aku pun hairan. Dengan hanya cari orang dan suruh gores, senang-senang dia nak kasi kau duit. Malahan mamat cina tu kata kalau aku setuju ia juga akan dapat komisen.

Kalau kerja macam tu, aku pun nak jugak!!! Kerja kau hanya suruh orang gores dan jika orang tu dapat spesial gift macam aku ini sebanyak RM9900 maka aku dapat komisen RM3000.

Macam-macam cara nak tipu orang !!! 

Artikel berkaitan aku ada baca di blogger releven sokmo...
Gambar gores dan menang memang sebijik ler,,,,,hahahhaha
Klik Sini

7 comments

RDZ Z said...

kena hati-hatikan..syndicate yang never ending..

ct cheery said...

urmm..cheery pun penah kena dulu, cheery menang digital stove tu harga 2200. cheery tersedar kena tipu agk terlambat.sebab 200 dah melayang tapi syukur jgk cheery tersedar.klu tak lagi banyak habis..

aRz MoHa said...

zaman sekarang macam -macam cara orang nak dapatkan keuntungan.

saya pun pernah kena. siap dapat kereta. dia suruh bayar seribu dulu nanti pergi ambil di tempat mereka letakkan kereta.

tapi dengan nada tegas memutuskan perbualan diantara penjual tu dengan emak saya. cakap saya tak berminat.

Normi Nieza said...

thanks for sharing..

Nadia Johari said...

Memqpang bahaya...berhati2 lah..

dizay164 said...

lokasi dimana ni? tesco mana?

Anonymous said...

semalam 8/10/2014 kawa kena di tesco selayang rm 5000 melayang, hari ni report polis and tribunal pengguna tak menyakinkan akan ada tindakn sb polis kata bukan bidang dia dan tribunal nak detail mmg tak ada apa bukti