Header Ads

Indahnya Sabar Ketika Kesulitan Hadir

Indahnya Sabar Ketika Kesulitan Hadir
Aku tergerak hendak mengambil artikel ini dimasukkan di blog aku kerana bila membacanya ia terasa amat mendalam terkesan dalam hatiku ini dan aku yakin penulisan beliau ini berdasarkan pengalamannya.

Namun manusia sebagai manusia biasa apabila kita ditimpa satu demi satu dugaan mulalah kita mengeluh. Ramai yang menasihat dengan mengatakan ayat "sabar...ini dugaan Allah"

Tapi mereka tidak tahu, bahu yang memikul ini terasa peritnya. Namun aku bertuah sangat kerana orang/keluarga  disekeliling aku sentiasa memberi sokongan... 

Dan pada masa yang sama aku yakin setiap dugaan itu ada hikmahnya. Allah memberi kita dugaan kerana Dia tahu kita boleh menanggungnya dan Dia hendak menguji kita dan percayalah setiap dugaan itu akhirannya anda akan mendapat nikmatnya.

Aku berpegang pada satu prinsip, jika kita merasa diri kita ni susah... Ada orang yang lagi susah!!!! Yakinlah setiap dugaan itu ada hikmahnya...dan jika berpegang padanya insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik....amin. 

Jangan sesekali kita salahkan takdir sebab setiap dugaan yang menimpa adakalanya untuk mengingatkan kita perkara yang kita buat dahulu dan mengajar kita menjadi lagi baik di sisiNya..amin.
Percayalah!!!

Sumber: Aku Penghibur
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah bersyukur ke atas nikmat yang di berikan. marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. 

Acik juga seperti kamu semua, dahulu suka merungut, mengeluh bila ujian melanda. Rasa diri tak mampu hadapinya tapi Alhamdulilah hingga kita mampu lagi bertahan. Pengalaman banyak mengajar diri ini dan kini bila ujian mendatang acik cuba terima apa jua ketentuan.

Orang selalu  kata ,kau tak rasa boleh la kau cakap macam tu! Bila kena pada kau baru kau tahu.Cakap mudah tapi insan yang menghadapinya ?

Pada acik Allah tahu kemampuan kita, Allah apa yang terbaik untuk kita, dia menguji kita mengikut kemampuan kita.  Itu selalu acik tuturkan, kadang kala acik rasa bersyukur Allah mengujiku maknanya Allah sayang padaku.  Kita ambil pandangan positif dalam setiap permasalahan itu yang acik lakukan. 

Ye, Sepanjang kehidupan kita, ujian & cubaan datang silih berganti kerana makna kehidupan itu sendiri adalah bagaimana menghadapinya. Ujian & cubaan kehidupan adalah tantangan yang akan memilah mana orang yang tahan uji dan mana orang yang lemah, mana orang yang beriman dan mana orang tidak beriman. 

Bagi seorang mukmin kehidupan akan selalu mendatangkan keberuntungan kerana ia bersyukur ketika memperoleh nikmat dan bersabar ketika menghadapi kesulitan. Sebaliknya orang tak beriman selalu tak beruntung, ketika memperoleh nikmat ia lupa diri dan ketika menghadapi kesulitan berat ia lupa ingatan. Sabar ialah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi cubaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu, dalam rangka mencapai tujuan. Islam mengajarkan bersabar itu indah.


Pertama, tahan ketika menghadapi hantaman pertama. Rasulullah pernah bersabda, Innamassabru indassad matil uulaa. Artinya: Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi hantaman pertama. 
Kedua, ketika ditimpa musibah, segera mengingat Allah dan mohon ampunannya. Firman Allah, ‘(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa musibah, berkata, ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ (al Baqarah: 156). 
Ketiga, tidak menampakkan musibahnya kepada orang lain, seperti yang dicontohkan oleh istri Abu Talkhah (Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis Riwayat Muslim). 
Keempat, sabar menghadapi semua cubaan dengan ikhlas kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy, ‘HambaKu yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepadaKu ketika kekasihnya Aku panggil kembali (mati), kepadanya tak ada balasan yang layak dari Ku selain surga.’ (HR. Bukhari)

Apa jua yang berlaku kita kena sabar, walaupun dengan kata-kata ia memadai mendamaikan jiwa yang di timpa musibah. Allah bersama kita. 

Sumber : http://www.akupenghibur.com/2014/05/indahnya-bersabar-ketika-kesulitan-hadir.html

No comments