Header Ads

Isu Makanan Halal Haram Bila Nak Selesai?

Isu Makanan Halal Haram Bila Nak Selesai?
Isu halal haram makanan di Malaysia jika dilihat sentiasa ada pasang surutnya. Dan hari ini isu makanan haram Cadbury mengandungi khinzir cukup hebat diperkatakan.

Sebelum ini pun isu makanan haram mengandungi khinzir pernah kecoh. Lepas tu seperti biasa ia senyap kembali dan hari ini kecoh kembali.

Bila nak selesai? Adakah setelah semua umat islam di Malaysia sebatikan darah daging mereka dengan makanan haram ini, barulah tindakan akan diambil...

Pada masa itu aku rasa ianya sudah terlambat dan aku rasa sekarang pun dah terlambat. Anak-anak kita kini jiwa mereka telah diisi dengan makanan haram. Dan isu ini bukan isu yang remeh kerana ia melibatkan soal agana.

Sebuah syarikat besar sebagai contoh iaitu Cadbury, JAKIM atau agensi tertentu boleh terlepas pandang selama bertahun-tahun. Apa kerja yang kau orang buat ini?

Minta maaf kalau saya tegur JAKIM tapi ini tanggungjawab yang harus anda pikul. Tanggungjawab ini bukannya melibatkan undang-undang ciptaan manusia tetapi anda menjalankan undang-undang Allah.

Berat tanggungjawab yang harus dipikul oleh JAKIM ini kerana kesilapan anda melibatkan keseluruhan umat islam di Malaysia.

Lalu apakah tindakan JAKIM terhadap isu ini. Tiada penyelesaian yang aku nampak, hinggakan aku rasa logo halal yang digembar gembur ini hanya satu gimik sahaja...kikiki.

Disini aku nak beri cadangan sikit.. isu makanan atau produk halal yang sering timbul ialahdari makanan-makanan packaging macam coklat, bee hoon atau produk cucian.

Tapi untuk makanan basah setakat ini aku lihat pemantauan agak baik sikit lerrrr.

Apa kata JAKIM keluarkan satu statement semua barangan yang  non halal ini dan suruh pengedar-pengedar ini buatkan satu lokasi NON HALAL area. Sebagai contoh coklat cadbury sepatutnya dikeluarkan dari rak dan tempatkan di rak non halal..

JAKIM sepatutnya sentiasa aktif dengan pihak media jika mana-mana produk yang diuji gagal!!! Bukannya suruh kita pergi ke website anda dan suruh periksa senarai halal and non halal anda...kikikiki.

Bukan semua orang yang pandai akses ke internet. Tah-tah tak berupdated kot...ahaks.

JAKIM anda harus berubah.....jangan bangga melalui pengumuman Cadbury non halal ini kerana maklumat ini seharusnya kami ketahui bertahun- tahun dahulu bukan sekarang.

Kita lupakan dahulu nak menjadi juara hub halal dunia yang kita cita-citakan tetapi dalam negara rakyatnya yang beragama islam makan benda haram.

Salah satu sebab isu-isu sosial yang melanda anak-anak kita ialah makan terlalu banyak benda haram atau bahasa standard non halal...

Saya minta maaf tapi sebagai muslim saya tersangat bimbang isu sebegini. Ini adalah tanggungjawab saya mengutarakan masalah ini.

Dan JAKIM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini maka suka atau tidak suka anda terpaksa menelan kritikan masyarakat.

Namun saya faham dalam melaksanakan penguatkuasaan ini ia harus melibatkan pelbagai  agensi serta tenaga kerja yang banyak serta ikhlas jika kita benar-benar mahu laksanakan impian ini.

Saya meluahkan perasaan ini kerana bimbang krebiliti JAKIM akan dipersoalkan oleh masyarakat. Bila melibatkan halal dan haram ini..pengawalannya haruslah 100% bukannya 99%.....

SAYA DOAKAN TERBAIK UNTUK JAKIM..

1 comment

Engku Muzahadin said...

Tak tau la, dok dlm negara Islam pon rasa x selamat bab makanan ni... Klu ckp bnyk nanti disuruhnya kita pindah dok tang lain pulak!