Header Ads

Kilauan Emas 4



Aku memang terlambat membuat artikel tentang Kilauan Emas 4 yang masuk minggu ini ialah Konsert Kedua mereka. Dan tahun ini aku merasakan ianya paling terbaik berbanding Kilauan Emas 3 dimana rata-rata kesemua peserta mempunyai latar belakang muzik terutama peserta lelaki.


Saingan kali ini memang hebat dan tekanan tinggi untuk peserta yang tidak mempunyai kelebihan dalam bidang nyanyian.

Dan tahun ini tidak ada pengganti Mak Ros yang sering menyakitkan hati Ramli M.S.

Hinggakan pada konsert yang lalu Ramli M.S menegur peserta yang membawa lagu dangdut tidak ada feel dangdut.

Hinggakan Ramli M.S membandingkan Mak Ros yang tak pandai nyanyi tapi bergegar pentas..

Betapa kuatnya aura Mak Ros.. hehehehe.

Tahun ini terdapat 13 peserta Kilauan Emas 4 dimana terdiri 8 lelaki dan 5 wanita.

Pada konsert pertama Kilauan Emas 4 sepatutnya ada penyingkiran tetapi tak jadi dan kali ini konsert kedua siapakah yang tersingkir?

Mungkin untuk anak-anak muda tak suka tengok Kilauan Emas 4 yang menyaji lagu-lagu tak trending..hahahaha.

Tetapi bagi aku ianya tetap best melihat usaha warga 40 tahun ke atas ini dapat memupuk minat mereka...