Header Ads

Menteri Besar Trengganu Ahmad Said Letak Jawatan

Menteri Besar Trengganu Ahmad Said Letak Jawatan
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.
   
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.
   
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.
   
"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.
   
Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.


Menteri Besar Trengganu Ahmad Said Letak Jawatan
Antara lain menyebut Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. 

Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei. 

Laporan itu menyebut Adun Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad sebagai calon menteri besar baharu.


TERKINI:
Sah pengganti Menteri Besar Selangor adalah  Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.
Menteri Besar Trengganu Ahmad Said Letak Jawatan

2 comments

Cikgu Ma said...

politik....macam2 :)

Kathy R'bain said...

pening juga nak fiir..buatlah yg terbaik..