Header Ads

Sekolah Petang Untuk Yang Sukar Bangun Pagi

Sekolah Petang Untuk Yang Sukar Bangun Pagi
Sekolah di London telah membuat pembaharuan dimana pembelajaran pada waktu petang kerana pelajar sukar bangun waktu pagi...hehhehehe.

Di Malaysia,sekolah petang telah lama dilaksanakan dan baru sekarang barat nak ikut..hahahhaha. Bila mereka buat, tetiba keluar data saintifik pula sekolah petang adaah yang terbaik...pelikk..pelik...

Tapi pada dasarnya aku memang suka kalau sekolah petang sebab ibu bapa yang bekerja tidak risau anak-anak mereka yang balik sekolah pagi. Biasalah budak-budak inikalau mak bapa tak der mulalah merayau ke mana-mana.

Sebuah sekolah swasta bakal memulakan sesi pembelajaran hariannya pada jam 1.30 petang bagi mengatasi masalah pelajar yang sukar bangun pagi.

Sekolah Petang Untuk Yang Sukar Bangun Pagi
Hampton Court House yang terletak di East Molesey, Surrey itu akan memperkenalkan jadual belajar dari 1.30 petang hingga 7 malam setiap hari bermula September ini bagi pelajar tingkatan enam.

Pengetua Guy Holloway berkata, perubahan jadual itu diperkenal bagi memastikan pelajar lebih produktif. “Malah mereka juga dapat mengelak melalui jalan sesak untuk ke sekolah,” katanya.

Kata Holloway, keputusan itu dibuat berikutan kajian terbaru menunjukkan golongan remaja mempunyai keadaan biologi yang menyukarkan mereka tidur awal seterusnya sukar bangun pada waktu pagi.

 “Perkara ini memang diketahui ibu bapa dan guru sejak bertahun lamanya, namun kini disokong bukti sains. “Hakikatnya ramai remaja kurang tidur dan secara tidak langsung ini memberi kesan terhadap kesihatan mental serta fizikal mereka, selain perkembangan kognisi golongan itu,” katanya.

Keputusan itu nyata disambut baik pelajar. Gabriel Purcell-Davis, 15, yang akan menjadi antara pelajar perintis bagi jadual baru itu berkata, dia mahu lebih cergas ketika belajar, bukannya belajar dalam keadaan mamai.

2 comments

Teacher Basariah said...

pelik betoi..igt pendidikan ni leh main tiru2?hmmm...

Kathy R'bain said...

hehehehehe..pulak?