Header Ads

Slot Akasia TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan


Slot Akasia TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan
Drama terbaru berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan menggantikan drama Aku Isterinya

Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan diadaptasikan ke drama. Drama ini akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan akan ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. 


Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar baharin dan Izreen Azminda. Dijangka akan ditayangkan pada 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya di slot Akasia. Drama bersiri ini semestinya dinantikan oleh peminat novel ini mahupun peminat setia slot Akasia TV3.

Kerana Terpaksa Aku Relakan mengisahkan angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina (Izreen Azminda) musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Slot Akasia TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin (Amar Baharin), si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin (Syafiq Kyle) juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina dalam dramaKerana Terpaksa Aku Relakan

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

Adakah Tajul Razin akan disatukan dengan Indah Halina? Atau pun Indah Halina akan dijodohkan dengan Tajul Fahin? Bagaimana pula dengan nasib emak dan kakak tirinya yang jahat itu? Adakah suatu hari nanti mereka akan dipertemukan dengan Indah Halina semula? Saksikan segalanya dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan

Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda - Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspektor Aryan
Ika Nabella - Hasma
Nadia Aqilah Bajuri – Zawati


JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan
TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios

OST / Lagu Tema  Kerana Terpaksa Aku Relakan
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin


3 comments

Hafiz Hafizol said...

Oh drama nie adaptasi novel jugak eh... lama dah x layan slot Akasia nie. last Ariana Rose.

Hafiz Hafizol said...

Oh drama nie adaptasi novel jugak eh... lama dah x layan slot Akasia nie. last Ariana Rose.

JomKaroks said...

Lagu penuh OST Kerana Terpaksa Aku Relakan:
https://www.youtube.com/watch?v=MgIENcv8mus