SPRM Siasat Cuti Sakit Palsu - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

SPRM Siasat Cuti Sakit Palsu

RM8 billion majikan rugi dari segi wang dan juga produktiviti akibat cuti sakit palsu. Dan tindakan terkini SPRM akan bercolabrisasi untuk Kementeriak Kesihatan untuk atasi masalah ini.

Pendapat aku ialah kenapa SPRM nak campur tangan. SPRM dah tak der kerja atau mempunyai lebihan pegawai untuk menyiasat kes remeh sebegini. Banyak kes-kes penting yang boleh dibuat selain menangkap rakyat marhaen macam kami..

Kes sebegini perlu disiasat kenapa ramai buat cuti sakit palsu dan siasat etika doktor yang mengeluarkan cuti sakit palsu ini. Ini adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan dalam memperkukuhkan pengawalan pengeluaran surat cuti sakit ini.

Bukannya melibatkan SPRM...yang aku rasa agak melampau!!! Kenapa pekerja dan doktor boleh buat cuti sakit palsu sesuka hati. Ini kerana sistem pengawalan longgar. Aku rasa improve yang ini dulu baru panggil SPRM.

KUALA LUMPUR:  Majikan di negara ini dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang diniagakan oleh klinik dan pusat kesihatan.

Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata kerugian besar itu melibatkan kos pembayaran gaji pekerja yang bercuti sakit, kos perubatan serta kos menggantikan pekerja yang mengambil cuti sakit.

"Ada beberapa kes yang kita tahu bahawa pekerja-pekerja kita telah disahkan sebagai cuti sakit daripada doktor. Tetapi pekerja berkenaan tidak berehat sebaliknya membuat kerja-kerja lain seperti menjual nasi lemak, menjual pisang goreng dan sebagainya," katanya.

Jelas Samsuddin, tekanan ekonomi memaksa sesetengah pekerja menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan dan menggunakan cuti sakit yang dibeli untuk memenuhi tuntutan periuk nasi itu.

“Kita juga tahu bahawa pekerja di Malaysia kebanyakannya berjumpa doktor bukan untuk mendapatkan rawatan serta ubat. Tetapi untuk cuti sakit. Malah, ada doktor yang dimarahi serta terdapat beberapa laporan daripada pihak doktor berkaitan isu ini”jelasnya lagi.

Tambah beliau, perbuatan tidak beretika ini bukan sahaja memberi kesan kepada industri, tetapi salah di bawah undang-undang perindustrian.

Selain cuti sakit untuk tujuan berniaga, pihaknya juga mengesan amalan pekerja yang mengambil cuti sakit untuk cuti lebih panjang yang disambung dengan hari rehat serta sebagai tanda protes kepada majikan.

Kajian MEF mendapati industri Malaysia kehilangan empat peratus hari bekerja akibat pengambilan cuti sakit pekerja.

Statistik pihak CUEPACS pula menyaksikan tiga peratus dari kakitangan awam mengambil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.

Perbuatan cuti sakit palsu mula menjadi perhatian selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan bakal bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membuat siasatan kepada elemen pemalsuan cuti sakit dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ramai kot yang ambik cuti sakit palsu...alhamdulillah tak pernah terlintas nak buat macam ni lagi...

Normi Nieza said...

jarang mc..coz annual leave bnyak lagi..:)

Lyeen De Syifa said...

lepa sni kena hati2 la..hehehe