Header Ads

Website Kerja Kosong Yang Menarik

Semalam semasa aku sedang godek-godek website untuk mencari peluang pekerjaan ..hehehehehhe.
Aku terjumpa sebuah laman yang menghimpun semua website pekerjaan didalam website ini..

Yang peliknya nama website ini Job At Malacca tetapi semua pekerjaan semua negeri ada lak..
Aku sedang mencari peluang yang lagi baik kerja di Melaka, so aku surf terjumpalah website ini...

Tapi aku memang suka website ini sebab semua iklan dari semua website pekerjaan diletakkan di sebuah website. Caranya amat mudah dengan subsribe e-mail dari semua website ini dan semua maklumat di hantar ke website ini..

Dan paling best aku terjumpa beberapa laman pekerjaan yang tak pernah aku dengar..ahaks..
Macam-macam nama seperti Jen Jobs, JobSentral dan pelbagai lagi selain JobStreets.

Tapi dari segi susunan aku tak berapa suka ler sebab susah nak surf semua maklumat. Dan lagi pun bahagian archive dia terletak selepas 2 iklan....ahaks.

Dan aku rasa ia blogger Melayu sebab ada iklan Ping.Busuk ...hehehehehehe.
Walau apapun ia sebuah usaha yang baik kerana ia menghimpunkan semua peluang pekerjaan dari semua website ke dalam sebuah blog. Walaupun ia hanya aturan e-mail terus ke blog namun ia memerlukan usaha yang tinggi.

Dan satu lagi aku rasa blog ini baru lagi kot...Archieve dia hanya bulan April dan May..Aku rasa 2 bulan ia baru beroperasi. Mungkin makan masa nak dikenali sebab blog kan....

Mungkin dari masa ke semasa ia akan bertambah matang dan blog ini aku yakin akan cepat naik...
Thanks bro...senang sikit aku nak cari maklumat pekerjaan semalam...

Kalau dalam iklan kau tak der aku klik side bar kau yang penuh dengan iklan pencari pekerjaan lain dan lagi satu aku dah pun subscribe maklumat website kau direct ke e-mail aku 

Kalau sesiapa berminat boleh ler klik ke website baru ini....Ianya belum mantap tapi aku yakin ia akan mantap seiring dengan umurnya nanti..


Sampai sekarangaku tak faham kenapa kau tulis Job At Malacca ???

4 comments

Normi Nieza said...

good sharing..

Kak Tie said...

bagus untuk pencari kerja ni

Ismail N said...

Thanks for sharing. :D

MissNadia said...

bagus.. semua bawah satu bumbung