Header Ads

Zaman Sekarang Jadi Blogger Cukup Mudah

Zaman Sekarang Jadi Blogger Cukup Mudah
Salah satu cabaran menjadi blogger ialah menulis.. Biasanya mula-mula kita berblogging, idea memang cukup banyak hinggakan sehari mampu buat 4 artikel.

Lama kelamaan idea pun makin kurang dan akhirnya dah tak tahu apa nak tulis. 4 tahun yang lalu masa aku mula-mula menceburkan diri dalam bidang blogger ni, jika aku ketandusan idea.

Cara termudah ialah copy paste akhbar online seperti Sinar Harian atau Kosmo. Cari cerita baik-baik dan publishkan di blog anda dan lagi baik kalau anda dapat tambahkan gambar banyak sedikit berkaitan berita tersebut.

Tapi jika harapkan satu sumber alternative iaitu akhbar online untuk artikel anda pun ramai yang akan perasan aktiviti haram anda...kikikiki.

Tapi zaman semakin maju seiring dengan teknologi. Blogger kini tidak luak dengan artikel yang boleh digunakan!!!! Terlalu banyak maklumat boleh diperolehi dari sumber-sumber terbaru ini.

Teknologi maklumat terbaru yang terkini untuk blogger ialah What Apps dan Instagram

Zaman Sekarang Jadi Blogger Cukup Mudah
Sebagai contoh melalui What Apps sahaja aku mampu copy 3 artikel sehari melalui 5 group Whats Apps aku..kalau aku nak lerrr....kikikiki.

Biasalah apabila mempunyai group What Apps ada sahaja berita-berita sensasi terkini malah ada juga berita yang belum keluar berita di ambil gambar oleh rakan anda dan publish di What Apps Group.

Apatah lagi jika group What Apps yang terdiri rakan-rakan seluruh negara dan mempunyai pelbagai cabang kerjaya. Lagi banyak maklumat yang anda terima!! Mereka semua anda boleh anggap sebagai wartawan untuk blog anda...hahahahahaha.  Tak payah penat-penat upah orang....ahaks.

Apatah lagi group What Apps anda tu giler-giler sikit, lagi banyak maklumat....

Zaman Sekarang Jadi Blogger Cukup Mudah
Manakala Instagram pula maklumat bergambar jangan cerita lerrr.. Kalau anda follow instagram artis-artis atau ahli politik memang cukup banyak maklumat bergambar anda boleh masukkan...

Itu belum dikira Instagran fesyen-fesyen terkini yang boleh digunakan sebagai modal untuk artikel blog anda...

Alasan terkini bahawa menjadi blogger susah nak dapatkan idea memang tidak boleh diterima. Kerana maklumat semuanya terletak di hujung jari....

Saya belum lagi bercerita tentang mendapatkan maklumat di Facebook atau laman-laman ping yang publish artikel mereka. Anda janganlah tiru bulat-bulat kalau dari laman ping tapi cuma dapatkan idea untuk membuat tajuk artikel... Jangan plagiat artikel rakan blogger kita...hehehehehhe.

Cara terbaru blogger yang malas nak publish entri ialah mengambil drama-drama  berepisod popular dan embeb video setiap episod dan publish ke blog anda.

Macam aku ini ler yang menjadi publisher untuk setiap drama Slot Akasia terbaru... Boleh ler cari makan sikit-sikit, dapatlah sikit trafik dalam 5000 pageview untuk keseluruhan episod drama tersebut...hehehehehehe.

Inilah teknik terbaru mendapatkan idea penulisan dalam blog anda jika anda dah tak der idea lagi.. Tapi sebagai blogger idea terbaik dan murni ialah idea anda sendiri. Itulah tujuan kita berblogging kan, meluahkan perasaan kita dalam wacana yang bernama blog ini...

No comments