7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya

Kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta.

1. Thomas Edison pernah dicemuh dan dilontarkan kata-kata yang tidak baik padanya ketika masih di bangku sekolah. Guru sekolahnya masing-masing mengatakan dia sangat bodoh dalam mempelajari sesuatu. Namun, Edison membuktikan bahawa kata-kata itu hanyalah bohong dengan mencipta beberapa alat yang berupaya mengubah dunia seperti lampu elektrik praktikal dan juga kamera yang menggunakan filem.

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
2. Oprah Winfrey pula pernah dipecat jawatannya sebagai pembaca berita daripada rancangan televisyen pertamanya di Baltimore di mana beliau pernah berdepan dengan gangguan dan juga masalah seksisme. Namun kini, Winfrey antara wanita paling popular untuk rancangan televisyen dan kerjayanya bernilai kira-kira US$2.9 billion menurut Forbes.

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
3. Kenal pencipta kartun Mickey Mouse? Walt Disney pernah dipecat oleh editor surat khabar kerana kekurangan imaginasi dan tiada idea yang menarik. Lain-lain perniagaan beliau juga tidak berjaya sehinggalah animasi ‘Snow White’ membuka tirai buat pertama kalinya. 

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
4. Pencipta filem ‘Jurassic Park’ iaitu Steven Spielberg pernah mengalami kegagalan dalam hidup apabila ditolak dua kali untuk memasuki sekolah seni dan wayang di Universiti California. Namun kini, beliau sudah menghasilkan pelbagai karya seni yang semestinya menjadi pilihan penonton di seluruh dunia. 

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
5. Kolonel Harland David Sanders pula pernah dipecat beberapa kali daripada kerjayanya sebelum berjaya menubuhkan restorannya sendiri. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencari orang yang berupaya menjual ayam berempahnya dan apabila berjaya mendapat tawaran perniagaan di Utah, di situlah bermulanya penubuhan Kentucky Fried Chicken (KFC). 

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
6. Saintis terkenal iaitu Isaac Newton pernah diberhentikan sekolah oleh ibunya sendiri untuk menjalankan perniagaan ladang keluarganya. Namun, hasilnya tidak memberangsangkan. Sesudah ibunya mendapati Isaac tidak berjaya, dia menyuruh anaknya menyambung pendidikan di sekolah dan hasilnya, Isaac berjaya memasuki Universiti Cambridge dan beliau adalah antara saintis yang paling terkenal dan berjaya sepanjang zaman. 

7 Orang Yang Gagal Sebelum Berjaya
7. Pada umur yang masih kecil, Albert Einstein mengalami masalah untuk berkomunikasi dan memahami seperti insan yang lain. Hakikatnya ia bukanlah bermaksud beliau tidak pandai kerana pada sejarah hidupnya beliau pernah memenangi hadiah Nobel dalam jurusan fizik kerana memperbetulkan teori Isaac Newton.

No comments: