Header Ads

Abby Abadi Sah Bercerai Talak 2 Kali

Abby Abadi Sah Bercerai Talak 2 Kali

Abby Abadi Sah Bercerai Talak 2 KaliFarhan, suami kepada Abby Abadi dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak 2 kali kepada Abby Abadi. 

Salah satunya tidak dilaporkan kepada mahkamah iaitu apabila Farhan memberitahu rakannya yang dia sudah menceraikan Abby Abadi. 

Lafaz tersebut adalah sah dan Abby serta Farhan telah rujuk secara perbuatan tanpa memberitahu mahkamah terlebih dahulu.
Kemudiannya Abby memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu. SMS tersebut dihantar pada jam 10.25 pagi apabila suaminya tidak pulang ke rumah malam sebelumnya. Kata Abby lagi:-
Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.

Abby Abadi Sah Bercerai Talak 2 Kali

Bagaimanapun kes ini terpaksa ditangguhkan hingga 11 Jun untuk membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Apa pun, takziah kepada Abby Abadi dan Farhan atas kemelut rumah tangga mereka. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Info asal Mstar Online.

Abby Abadi Sah Bercerai Talak 2 Kali

Apa kata Abby Abadi:
Kata Abby Abadi menerusi Mstar Online:-
Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.
Bagaimanapun buat masa ini saya tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula kerana saya sudah berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan keadaan tetapi apalah daya saya kalau itu ketentuan dan takdir saya.
Bukan kerana orang ketiga dan jika komen orang mengenai saya di laman sosial juga tidak pernah menjadi penyebab kepada kejadian ini dan saya tidak salahkan sesiapa kerana kami berdua ada melakukan kesilapan.
Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak dapat faham.
Saya tidak salahkan dia kerana ketika saya berusia seperti dia pun banyak perkara yang saya tidak faham dan masih belajar mengenai kehidupan.
Apa-apa pun saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya malah bersyukur dia dipinjamkan kepada saya biarpun singkat.

Sumber: Beautiful Nara

No comments