Header Ads

Alasan Ibu OKU Firdaus Yang Dikurung Kejam

Alasan Ibu OKU Firdaus Yang Dikurung Kejam

Sakit hati aku bila baca berita seorang budak OKU di kurung didalam rumah hingga kurus kering macam gambar-gambar yang pernah kita lihat di negara kebuluran Somalia.

Tetapi adakah alasannya itu membenarkan dia membuat begitu hingga bajunya koyak-koyak, tak bermadi berbulan-bulan serta kurus begitu teruk sekali !!!

Aku tak terkata!!!!!!!!!
Jom baca kenyataan ibu Muhammad Firdaus Dullah, 15,

Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. 

Alasan Ibu OKU Firdaus Yang Dikurung Kejam
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. 

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu. 

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. 

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih.

Alasan Ibu OKU Firdaus Yang Dikurung Kejam


1 comment

Nor Salmi said...

Akal saya memang tak boleh terima alasan bodoh tu..
Setiap kali tengok gambar Firdaus yang hanya tinggal rangka tu pasti airmata saya menitis. Lebih menyayat hati melihat reaksi dia masa orang datang menyelamatkannya. Perbuatan orang yang waras ke tu??