Header Ads

Apa Itu Fenomena El -Nino

Apa Itu Fenomena El -Nino
Fenomena El Nino akan melanda Malaysia dan disini saya kongsikan sedikit maklumat tentang Fenomena Al Nino untuk dikongsi bersama.
Lagipun tak lama lagi bulan puasa dan fenomena ini perlu kita ketahui sebelum kita gunakan alasan ini untuk berbuka awal...hehehehehe.
Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai Fenomena El Nino
Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. 
Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya,Fenomena El Nino berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. Fenomena El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Bagaimana Fenomena El Nino dikaitkan dengan keadaan atmosfera?
Semasa Fenomena El Nino berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. 

Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.

Apa Itu Fenomena El -Nino
Semasa Fenomena El Nino terbentuk, tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang lebih panas ditandakan dengan warna merah di khatulistiwa tengah Pasifik. 

Semasa ketiadaan Fenomena El Nino atau keadaan normal, tekanan permukaan atmosfera di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. 

Dalam keadaan ini, umumnya keadaan kawasan Pasifik barat adalah lembap manakala Pasifik tengah dan timur adalah kering.


Apa Itu Fenomena El -Nino

Corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dariFenomena El Nino kepada keadaan normal dan sebaliknya dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). 

Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El Niño ini dikenali sebagai El Niño-Ayunan Selatan (ENSO).


Apakah perubahan iklim semasa Fenomena El Nino?
Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia semasa El Niño berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil.

Apakah impak yang tipikal di Malaysia?
Dengan kehadiran Fenomena El Nino yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).
Keadaan Fenomena El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia.

Apa Itu Fenomena El -Nino

1 comment

Zayani Zulkiffli said...

Salam. Saya mintak izin untuk ambil sedikit info dari article ni. Saya ada letak kredit dan link ke blog ni. Terima kasih.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/