Header Ads

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah
Dengan sekali lafaz, pengacara popular Jimmy Shanley dan pasangannya Mariam Jamilah Abdul Jalil selamat diijab kabul pada pukul 6.23 petang tadi di Hotel Concorde di sini.
Jimmy, 34, dan Mariam, 27, dinikahkan oleh bapa Mariam, Abdul Jalil Othman dengan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin RM1,000.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh menerima tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, sireh junjung, jubah, jam tangan, kemeja, set kelengkapan lelaki dan buah-buahan.
Sementara itu, Mariam menerima lima hantaran iaitu sebentuk cincin dan mas kahwin, sireh junjung, tas tangan, telefon dan kaca mata serta wangian.
Majlis resepsi pasangan mempelai itu berlangsung di hotel yang sama pada sebelah malam bertemakan warna hijau dan ungu.
Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun.
Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Gambar Jimmy Shanley Dan Mariam Jamilah Abdul Jalil Bernikah

Lagi gambar di Rotikaya

No comments