Harga Tatu Cheryl Nilai Sebiji Kereta - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Harga Tatu Cheryl Nilai Sebiji Kereta

Harga Tatu Cheryl Nilai Sebiji Kereta
Penyanyi dan selebriti Britain, Cheryl Cole mendedahkan, dia membayar harga sama nilai dengan ‘sebiji kereta kecil’ untuk mendapatkan tatu bunga mawar besar pada pinggulnya.

Tatu itu yang mula ditayangkan kepada umum Ogos tahun lalu memberikan kejutan besar kepada peminatnya.

Kata Cheryl, kebanyakan peminat menyangka dia akan menyesali perbuatan itu kerana membelanjakan wang yang besar untuknya. “Namun saya tidak menyesal,” katanya dalam wawancara televisyen dan disiarkan media semalam.

Harga Tatu Cheryl Nilai Sebiji Kereta
Menurut Cheryl, dia nekad mencacah tatu itu selepas jatuh sakit “Selepas dijangkiti malaria, saya menyenaraikan pelbagai perkara yang ingin dilakukan.

“Termasuk membuat tatu,” katanya. Bekas vokalis kumpulan Girls Aloud itu berkata, tatu berkenaan dicacah seorang artis berbakat.

“Ia memang berbaloi walaupun harganya £1000 (RM5,500) - menyamai nilai sebuah kereta kecil di Britain,” katanya ketika ditemui media.

Cheryl kini kembali muncul sebagai juri dalam rancangan realiti televisyen X Factor. Kata Cheryl, agak sukar baginya mendedahkan bahagian belakang tubuhnya setelah Simon Cowell menjadi juri.

Bercakap mengenai kemunculan semula, Cheryl berkata, ia seolah dia tidak pernah meninggalkan rancangan itu sebelum ini walaupun keadaan agak tegang antara dia dan juri Louis Walsh.

No comments: