Header Ads

Honda Panggil 2.03 Juta Kereta

Honda Panggil 2.03 Juta Kereta
Pembuat kereta Jepun, Honda Motor semalam memanggil semula lebih 2 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung kerosakan beg udara yang berisiko menyebabkan kebakaran.

Honda memberitahu, tindakan tersebut melibatkan sekitar 2.03 juta kenderaan yang dikeluarkan antara Ogos 2000 hingga Disember 2005 termasuk satu juta di Amerika Utara dan 668,000 di Jepun. Terdapat 13 jenis kenderaan Honda yang dipanggil balik itermasuk model popular Honda Fit atau Jazz dan Honda Accord.

Honda Panggil 2.03 Juta Kereta
"Alat pengembung beg udara penumpang hadapan dipasang bersama komponen penujah yang bermasalah," kata Honda dalam satu kenyataan.

 "Kelemahan pengilangan itu boleh menyebabkan bekas komponen itu pecah semasa kemalangan sekali gus berisiko menyebabkan kebakaran dan kecederaan kepada penumpang," tambah kenyataan sama.

Masalah tersebut turut menjadi punca pengeluar kereta utama dunia, Toyota memanggil semula berjuta-juta kenderaan keluarannya di seluruh dunia. Langkah tersebut susulan aduan seorang pengguna Jepun yang memberitahu kerusi penumpang di bahagian hadapan keretanya terbakar akibat kelemahan itu. 

No comments