Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014

Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014
PASUKAN mewah, Johor Darul Takzim (Johor DT) akhirnya melenyapkan teka-teki mengenai kejuaraan Liga Super 2014 apabila mereka mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sarawak 1-0 dalam aksi terakhir liga di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.
Skuad Harimau Selatan dipisahkan tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Selangor yang mencatat satu mata setelah seri 2-2 dengan Selangor PKNS di Shah Alam, juga malam tadi.
Penyerang import Johor DT, Jorge Pereyra Diaz muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-66.
Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung seimbang dengan Johor DT terlebih dahulu mendapat peluang terbaik menghasilkan jaringan pada minit kelima menerusi sepakan percuma yang diambil Diaz.
Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014
Bagaimanapun, percubaan yang diambil Diaz mudah dihalang pemain pertahanan Sarawak dan selepas itu deretan percubaan barisan pemain pelawat itu juga mudah dipatahkan benteng skuad Bujang Senang itu.
Kemasukan dua pemain berpengalaman pelawat, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-60 ternyata merubah corak permainan Johor DT.
Serangan pasukan Harimau Selatan dilihat lebih teratur dan beberapa kali hampir berjaya merobek benteng Bujang Senang yang dikawal Sani Anuar Kamsani.
Pada minit ke-66, gol yang dicari-cari pelawat hadir berpunca daripada hantaran jauh Shakir Shaari yang bijak mencari Diaz dan pemain itu tenang menewaskan dua pertahanan lawan dan Sani untuk gol kemenangan Johor DT.
Sarawak berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan menerusi percubaan Ryan Griffiths, namun penjaga garisan terlebih dahulu mengibarkan bendera kerana ofsaid.
Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014
Jurulatih Johor DT, Bojan Hodak menegaskan kejuaraan Liga Super 2014 membuktikan mereka sebuah pasukan yang lengkap dan bukan bergantung pada nasib semata-mata.
Katanya, selepas lebih 20 tahun rakyat Johor menanti kejuaraan liga dan ini hadiah terbaik buat mereka.
"Kejayaan ini adalah usaha keras seluruh pemain serta pengurusan Johor DT. Kami akan berehat selepas ini dan belum memikirkan saingan Liga Malaysia selepas ini," ujarnya kepada Kosmo! sejurus selepas perlawanan malam tadi.
Sementara itu, pengendali Sarawak, Robert Alberts memberitahu, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan itu sepanjang musim ini.
Beliau juga membidas ramalan sebuah akhbar yang meramalkan Sarawak akan dibelasah 0-8 oleh Johor DT pada perlawanan tersebut.
Katanya, bukan sesuatu yang bijak apabila sebuah akhbar berpengaruh meramalkan keputusan sedemikian rupa.
"Perlawanan menentang Johor DT pula sememangnya sukar dan saya tidak menyalahkan mereka atas kekalahan 0-1,
Johor Cuti!!!
Kejayaan ini sudah tentu amat bermakna buat pemain JDT, pihak pengurusan dan seluruh rakyat Johor. Oleh itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim mengumumkan negeri itu akan cuti umum esok (Khamis), 26 Jun 2014.
Dalam pada itu Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, satu majlis menyambut pemain JDT akan diadakan di Stadium Larkin 8 malam esok sempena kejayaan memenangi Liga Super 2014.
Beliau berkata, pemain JDT dijangka tiba di Tol Skudai jam 7 petang esok dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya akan menaiki bas tidak berbumbung bermula di Tol Skudai dan terus ke Tol Kempas. Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke stadium. Jelas beliau, sambutan itu bertujuan meraikan kejayaan JDT meraih gelaran kejuaraan liga berkenaan.
Johor Darul Takzim (JDT) Juara Liga Super 2014


1 comment:

Jazz Lover said...

Tahniah JDT. Sedihnya ngap sayot kalah. Takpe. Boleh usaha lagi. #JDTdisayotsaja