Header Ads

Kaki Wayang: A Million Way To Die In The West

Kaki Wayang malam ini aku dan dan wife aku menonton filem komedi 18SX bertajuk  A Million Way To Die In The West. Ranking yang dapat aku berikan sebenarnya amat berbelah bagi sebab 18SXnya tu......hehehehehehehe.

Tapi aku memilih  A Million Way To Die In The West berdasarkan jalan cerita dan komedinya ialah 4/5 ler.

Kisah ini bermula tenang hero ini bernama Albert seorang penternak biri-biri yang pengecut dimana ia telah melarikan diri dari pertandingan tembak menembak hinggakan teman wanitanya meninggalkan beliau.

Pada masa yang sama ada pula isteri penjahat yang tumpang sementara di bandar mereka dan berkenalan dengan Albert iaitu Anna. Perempuan ini ajar Albert bagaimana menembak dan mereka akhirnya jatuh cinta.

Masalah timbul apabila suami Anna balik iaitu lakunan pelakon kesukaan aku iatu Liam Neeson  yang membawa watak penjahat dan perompak telah mengetahui hal mereka.

Bermulalah cerita ini tetapi sebelum itu juga ada beberapa lawak komedi yang mencuit hati..

Pelakon-pelokan dalam filem ini semuanya memang best-best seperti Charlize Theron dan juga Neil Patrick Harris.

Dalam filem ini juga ada pertandingan tarian yang amat mencuit hati aku tentang kehebatan misai mereka. Memang best tarian mereka ini..hahahaha.

Komedi dalam filem  A Million Way To Die In The West memang kelakar sangat hingga kat panggung semua orang ketawa. Cuma lawak yang dilakonkan ialah lawak seks ajer...hihihihihih.

Dan ada beberapa jalan cerita memang tak logik langsung tapi memang best sebab ia menonjolkan komedi filem ini. Saya memohon jangan main cerita ini depan anak-anak sebab 90% lawak mereka memang tentang seksual sahaja.

LAGU DAN TARIAN YANG LAWAK.A Million Way To Die In The West.
If You've Only Got A Moustache


1 comment

shahdiana said...

tula kadang2 kita nak tengok ceta omputih tapi budak2 pun nak tengok sekali...nasib dah bagitau 90% lawak 18sx...hikhikhik