Header Ads

Kejam: Gambar Anak Kurung Ibu Supaya Mati

Anak Kurung Ibu Supaya Mati
Seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar MailOnline semalam.
Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar.
Anak Kurung Ibu Supaya Mati
Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet.
Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan.
Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: "Tolong beri saya makan."
Anak Kurung Ibu Supaya Mati
Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.
"Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan.
"Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya," kata seorang jurucakap polis.



3 comments

shahdiana said...

la..sampai hati betoi buat mak sendiri mcm tu kan...kita patutnya beli apa yang diorang nak kan...

Teacher Basariah said...

astaghfirullahalazim..betullah orang tua2 dulu selalu kata, seorang mak boleh jaga 10 org anak..10 org anak tak pasti boleh jaga seorang mak..huhu..mak jaga anak dgn doa anak terus hidup,anak jaga mak dgn doa supaya mak cepat mati..nauzubillahiminzalik!

Nor Salmi said...

Sampainya hati anak.. Tak fikir ke benda yg sama blh berlaku pd diri sendiri kelak..