Header Ads

Keputusan Kilauan Emas 4 Mega Akhir

Kilauan Emas 4 Akhir

Dalam final Kilauan Emas 4 kali ini setiap peserta harus membawa 3 buah lagu iaitu :
a) 1 lagu pilihan sendiri
b) 1 lagu duet
c) Lagu Medley ciptaan komposer pada minggu lepas

Permulaan Akhir Kilauan Emas 4 nyanyian oleh Zain memang mantap dengan membawa lagu bertajuk Rajuk oleh Rahmat. Tapi lagu sedih lerr...itu harikan Datuk Ramli M.s dah tegur jangan bawa lagu sedih kalau nak dapat undi sms..hehehehe.

Lagu kedua Akhir Kilauan Emas 4  oleh Arip berduet dengan Jac, memang Arip tak ler challenge vokal Jac dan menambah kesalahan ialah masa nyanyi duet tone suara Arip dan Jac tak sekata...pehhhh

Lagu ketiga Akhir Kilauan Emas 4 oleh Ben iaitu Baiduriku dan Don't Want To Talk About It pula boleh tahan ler tapi ada tersangkut sikit tapi boleh di maafkan kerana ia demam. Macam mana bro boleh demam masa final ini...huhuhuhuhu.

Lagu keempat Akhir Kilauan Emas 4 di nyanyikan oleh Zain berduet dengan Ramlah Ram iaitu Susah Senang Kita Bersama. Memang dahsyat kali ini, ada perubahan yang lagi baik memang serasi!!

Lagu kelima Akhir Kilauan Emas 4 ialah lagu pilihan Ben sendiri iaitu .Sketsa Sebuah Cinta oleh May. Datuk Ramli MS kata dia faham Ben tak sihat tapi semangat Ben tinggi!!! Ertinya boleh tahan ler....ahaks.

Lagu keenam Akhir Kilauan Emas 4 lagu pilihan oleh Arip di mana beliau menyanyikan lagu Aku Tak Bisa dan Hakikat Sebuah Cinta dipuji oleh Hattan terbaik dan berpotensi menjadi artis terhebat.

Lagu ketujuh Akhir Kilauan Emas 4 ialah lagu pilihan Zain iaitu Cinta Satu Dan Salam Terakhir dipuji juga oleh Ziana Zain dan sentiasa memberi kejutan dan sentiasa menanti kedatangan Zainke pentas hiburan tanahair.

Lagu kelapan Akhir Kilauan Emas 4 ialah lagu pilihan Ben beduet dengan makwe Datuk Ramli MS iaitu Alyah dengan tajuk Hati Ini Telah Dilukai dipuji oleh juri Indonesia yang aku tak ingat namanya..hehehehehe. Perwatakan yang cool, pakaian yang kemas dan mantap!!

Lagu terakhir Akhir Kilauan Emas 4 pilihan Arip iaitu Puteri Di Pintu Mahligai nyanyian Iklim memang best!! Aku secara peribadi beritahu lagu ini yang dibawa oleh Arip memang terbaik!!!

KEPUTUSAN:
ANUGERAH PILIHAN JURI: ARIP ( RM10,000)

JUARA:  ARIP ( RM100,000 DAN TOYOTA CAMRY)

KEDUA: ZAIN (RM50,000 DAN NISSAN )

KETIGA: BEN ( RM30,000 DAN PERODUA MYVI)

Tahniah buat semua!!! Yang penting semua dapat hadiah yang lumayan sebiji kereta seorang dan buat Arip menjadi juara..
Keputusan Kilauan Emas 4 Mega Akhir


No comments