Header Ads

Kucing Tersepit Celah Suspensi Kereta Selamat

Kucing Tersepit Celah Suspensi Kereta Selamat
Seekor anak kucing yang tersepit di celah gelung suspensi tayar sebuah pacuan empat roda terselamat walaupun kenderaan itu telah dipandu sejauh 80 kilometer (km) dengan kelajuan 120km sejam.
Kucing Tersepit Celah Suspensi Kereta Selamat
Pemandu pacuan empat roda itu, Vitaliy Bouranin, 32, mula menyedari anak kucing tersebut tersepit sewaktu dia berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini dan terdengar suara anak kucing itu.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara kucing dan ia datang dari arah bawah kenderaan saya," kata Bourinin yang dalam perjalanan menguruskan perniagaannya di sini.
Dia yang memeriksa bahagian kenderaan jenis Toyota Land Cruiser itu mendapati seekor anak kucing sedang tersepit pada gelung suspensi berdekatan tayar selepas memandu sejauh 80 kilometer.
Kucing Tersepit Celah Suspensi Kereta Selamat
Pihak polis dan bomba yang dihubungi bagi membantu mengeluarkan anak kucing itu terpaksa mencabut bahagian tayar kenderaan tersebut terlebih dahulu.
Anak kucing itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat selepas tiga jam usaha dilakukan dan telah dihantar semula ke tempat awal Bouranin memulakan perjalanannya di bahagian tenggara Rusia. 

Kucing Tersepit Celah Suspensi Kereta Selamat


1 comment

Teacher Basariah said...

alolo..kesiannya si meow