Header Ads

Mengarut Mahasiswa Gesa Mansuh Auku, Akta 174

Mengarut Mahasiswa Gesa Mansuh Auku, Akta 174

Tak habis-habis mahasiswa kita ni ler.. Sibuk sangat nak berpoliik dari belajar...hehehehehe.
Dah ler sekarang ini kerja susah nak cari, kan lagi baik belajar betul-betul dan score tnggi-tinggi supaya dapat kerja yang baik.

Kemudian kau orang join ler politik di Malaysia ini.
Semuanya aku lihat pelajar melayu beria-ria nak berpolitik...hahahahaha.

Tapi aku tak salahkan mereka sebab sebagai anak muda, semangat mereka lain macam apatah lagi di cucuk oleh ahli politik berkepentingan maka makin berteriak ler anak-anak muda ini.

Untuk aku isu ini nak berpolitik ini bukan isu yang patut mahasiswa kita gembar-gemburkan sekarang.

Sekarang ini isu yang patut kau orang tekankan ialah kedudukan ranking semua IPTA di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun di mata dunia. Bagaimana nak naikkan kedudukan IPTA masing-masing.

Kedua ialah perjuangkan peluang pekerjaan kepada graduan bumiputera yang disisihkan dari syarikat swasta yang berunsurkan perkauman. Ada kau orang baca komen Najib dan KJ dalam Twitter mereka.

Atau kau orang boleh perjuangkan hapuskan budaya perkauman yang tinggi di universiti dimana semasa belajar di universiti pecahan setiap bangsa di hostel mahupun pergaulan amat ketara.

Inilah perjuangan yang kau harus buat dan sebagai orang yang berpelajaran.




Mahasiswa menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Auku) dan Akta Institusi-institusi Pelajaran 1976 (Akta 174) dimansuhkan kerana tidak cukup membebaskan mahasiswa berpolitik.

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174), Khairul Najib Hashim berkata, pindaan terhadap Auku pada 2012 masih tidak cukup untuk membebaskan mahasiswa daripada undang-undang restriktif universiti.

"Biarpun sekatan terhadap mahasiswa berpolitik sudah dimansuhkan tapi masih ada peruntukan lain yang memberi 'absolute power' kepada pihak pengurusan universiti untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib sendiri.

"Dalam Auku sendiri tidak akan ditemui peruntukan yang mengekang aktiviti mahasiswa secara jelas tapi Auku beri kuasa kepada pihak universiti untuk membuat regulasi tatatertib seperti terkandung dalam Seksyen 16C (1).

"Kuasa inilah membuka ruang untuk Kaedah-kaedah Tatatertib itu dibuat secara prejudis terhadap mahasiswa," katanya pada satu sidang media di Pejabat Pembangkang di bangunan Parlimen, hari ini.

Malah menurutnya, Akta 174 juga turut berjaya mendiamkan aktivis mahasiswa selama ini.

"Akta 174 kurang popular berbanding Auku tapi akta inilah yang selama ini berjaya mendiamkan aktivis mahasiswa daripada UiTM dan menakutkan penuntut Institusi Pendidikan Guru.

"Berbeza dengan Auku, Akta 174 ini secara terang-terangan mengandungi peruntukan yang drakonian seperti terkandung dalam Jadual Kedua akta berkenaan.

"Jadual kedua ini mengandungi 26 jenis-jenis keslaahan tatatertib termasuk beberapa seksyen yang menghalang hak asasi mahasiswa seperti hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk berekspresi dan hak untuk bebas berorganisasi," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan ini sahaja, 25 mahasiswa telah dikenakan tindakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti terlibat gara-gara mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

"Saya meminta agar pihak universiti yang terlibat membatalkan segala tindakan yang dikenakan ke atas 25 mahasiswa ini dengan serta merta.

"Rata-rata mahasiswa yang dikenakan prosiding ini hanya mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk bersuara dan beraktiviti serta berorganisasi," katanya.

Sementara itu, jurucakap GMMA/174 Safwan Shamsuddin berkata pihaknya juga menggesa agar ahli parlimen BN dan PR menubuhkan satu jawatankuasa untuk meneliti semula pemansuhan Auku.

"Ia telah dipinda dan benarkan pelajar berpolitik cuma di universiti kami masih disekat.

"Auku bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan membenarkan kita berhimpun tapi Auku tak benarkan sebab itu kita minta Auku dimansuhkan bukan lagi dpinda," katanya.

Menurut Safwan, pada 18 April lalu, empat mahasiswa Universiti Malaya (UM) dikenakan surat tunjuk sebab kerana menyertai perhimpunan membantah penurunan harga getah di hadapan bangunan Parlimen.

Kemudian, katanya, 28 April pula seorang mahasiswa UiTM cawangan Kota Kinabalu dikenakan 11 pertuduhan di bawah Akta 174 dan dibawa ke prosiding tatatertib oleh pihak pentadbiran Uitm kerana membuat kenyataan terbuka di Facebook yang dianggap menggugat kepentingan UiTM.

Tambahanya lagi, kemudian pada 9 Mei, empat lagi mahasiswa UM dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengangkat sepanduk membantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan hukuman mati di Mesir ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berucap di UM.

26 Mei lalu pula, 16 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dikenakan prosiding tatatertib kerana mengadakan perhimpunan membantah tindakan pihak pentadbiran yang menarik semula sebuah premis kedai dalam kampus yang sudah diuruskan mahasiswa selama enam bulan.


No comments