Selamat Hari Bapa Dari Seorang Bapa - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Selamat Hari Bapa Dari Seorang Bapa

Selamat Hari Bapa Dari Seorang Bapa
Salam satu blogger. Pertamanya aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa, ayah, papa dan apa jua panggilan yang kita berikan pada  orang tua lelaki kita.

Seorang lelaki bernama ayah ni kadangkala sukar kita hendak fahami terutama bila bab ayah kita marah. Kadangkala kemarahan mereka membuat kita gentar jika membuat kesalahan.

Masa ayah yang diluangkan pada kita berbanding ibu kita sememang jaraknya amat berbeza. Sebab itu kita lebih mesra dengan ibu berbanding ayah kita.
Kadang-kadang naik benci melihat kesibukan mereka dengan kerja .....kerja.

Kalau nak dengar ayat kasih sayang dari ayah kita memang sukar. Sukar nak tahu samada ia sayang kita atau tak. Kadang-kadang OK dan kadang-kadang misteri...kikikiki.

Selain itu kalau ia mengajar kita, mesti tak best. Lagi banyak membebel atau kata lain marah-marah. Semuanya nak sempurna....aparaaaaa!!!!

Tetapi apabila kita menjadi ayah, barulah kita sedar tanggungjawab seorang ayah ni amat luas. Sebagai suam, ayah dan pencari nafkah keluarga memang cukup mencabar.

Selamat Hari Bapa Dari Seorang Bapa
Masa yang digunakan adalah memastikan keperluan anak-anak dipenuhi dari segi pelajaran dan kehidupan mereka.

Menjadi ayah tugas utama ialah mendidik anak-anak menjadi yang terbaik. Dan kebiasaannya ayah ni adalah pengawal sikap anak-anak yang degil jika gagal diselesaikan oleh ibu mereka.

Dan disebabkan tugasan sedemikian, mahu tak mahu anda sebagai alternatif terakhir mendidik anak-anak terpaksa bertegas dengan mereka. Dan secara tak langsung anda menjadi kurang popular berbanding ibu..hihihi.

Namun ketegasan ayah masa kini tidaklah seperti zaman aku dahulu. Memang berbeza cara aku dengan ayah aku dulu. Tapi fungsi tanggungjawab masih sama.

Selain itu untuk seorang ibu memang tiada batas dalam menunjukkan kasih sayangnya. Seorang ibu boleh mencium pipi anak lelakinya tanpa prejudis masyarakat.

Tapi seorang ayah apabila mencium pipi anak perempuannya yang berumur belasan tahun...akan ujud dakwaan mencabul perhormatan. Inilah kebatasan kami terutama hati ini kepingin mencium pipi anak perempuanku yang selalu aku cium ketika kecil dulu.

Bagi anak lelaki pula memang pelik kalau aku cium hahaha. Tapi bagi seorang ibu that normal. Lagi pun anak lelaki aku pun tak mahu cium aku...nampak pelik kan.

Wahai anak-anakku... sebagai ayah jumlah kasih sayang kami tidak dapat diukur. Bahkan nyawa kami sanggup kami tukar demimu.

Kasih sayang kami dilihat dalam ketegasan kami dan bentuk fizikal sebagai penangung nafkah utama keluarga ni.

Jangan bandingkan kami dengam ibumu. Kerana dari segi kelembutan rohaniah kasih sayang mereka padamu kami memang kalah...hahahaha. Ini soal genetik..hihihi.

Yang penting...kami sayangkan anak-anak kami.
Tiada bapa di dunia ni tak sayangkan anaknya.

2 comments:

Nour Adieb said...

selamat hari bapa :)

hainom OKje said...

Betul Nep...walaupun nampak kurang kemesraan antara ayah dan anak tapi kasih ayah sama jer dengan kasih seorang ibu...

Hang kena betulkan persepsi tu Nep....tak de salahnya mencium pipi anak sendiri yg penting niat tu....... Okje selalu je cium pipi pak mertua kalau balik melawat mereka

Selamat hari bapa Nep dari seorang yg bernama ibu