Header Ads

Wanita Malaysia Dirogol Di Jaipur

Wanita Malaysia Dirogol Di Jaipur

Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan didakwa dirogol oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana semalam.
"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia semalam. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh.
Lelaki itu berusia 30 tahun.
Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata, dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki tersebut.
Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang malam semalam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

1 comment

Shaiful Zaidi said...

Moga dia mendapat hukuman yang setimpal.