Header Ads

Anak Lelaki Linda Rafar Selamat Dikebumikan

Anak Lelaki Linda Rafar Selamat Dikebumikan


Anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.


Jenazah anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaiman Keiflin, 12, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, kira-kira jam 11 pagi pada 7/6/2014.

Allahyarham Rezaiman, sebelum ini dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 5.30 petang, semalam. 


Anak Lelaki Linda Rafar Selamat Dikebumikan

1 comment

hainom OKje said...

Al fatihah.....
Sekejap aje kalau Allah nak jemputkan Nep....