Bonus Hari Raya Kerajaan 15 Julai 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bonus Hari Raya Kerajaan 15 Julai 2014

Bonus Hari Raya Kerajaan 15 Julai 2014

Ketika terbitnya artikel ini pada pukul 7.00am bertarikh 15 Julai 2014, bank-bank Malaysia  sebentar lagi akan dipenuhi oleh penjawat awam yang beratur mengeluarkan duit.

Ini kerana  penjawat awam akan menerima bonus Hari Raya sebanyak RM500 dan pesara RM250.

Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan beban persiapan Hari Raya ini. Kalau yang sudah mencukupi budget raya, RM500 ini boleh beli tambahan kuih raya  atau menambhakan budget ang pau kasi anak-anak buah..hehehehehe.

Tahniah buat penjawat awam dan aku tumpang gembira sekali. Walau pun aku tak dapat bonus hari raya ini.......hahahahahaha. Rezeki masing-masing..

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 demikian laporan media bertarikh 2 Julai 2014

Dalam laporan berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka
Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini

Bonus Hari Raya Kerajaan 15 Julai 2014


2 comments:

Nurul Faiz said...

tak masuk lagi. huhuhu

Budak Kampung said...

untglah..teman ni idak dpt pun