Datuk Sharifah Aini Dimasuk Ke ICU - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Datuk Sharifah Aini Dimasuk Ke ICU

 Datuk Sharifah Aini Dimasuk Ke ICU

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, di sini, semalam akibat fibrosis paru-paru. 

Penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 esok itu dibawa ke hospital berkenaan oleh anaknya, Aliff Omar Ali kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Rakan baiknya, Aishah Ali berkata, doktor memaklumkan Sharifah yang mesra dengan panggilan Kak Pah itu dijangkiti fibrosis paru-paru iaitu sejenis jangkitan paru-paru yang jarang berlaku.

Fibrosis paru-paru berlaku apabila paru-paru rosak dan terluka mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Beliau mula dikesan dijangkiti penyakit berkenaan dua tahun lalu selepas pulang mengadakan persembahan di Johor Bahru.

“Pagi semalam dia mengadu sukar bernafas dan anaknya segera membawanya ke hospital,” katanya yang mengenali Sharifah sejak lebih 40 tahun lalu.

Aishah berkata, keadaan penyanyi itu kini stabil tetapi doktor menasihatkan supaya Sharifah tidak menerima sebarang pelawat kecuali keluarga terdekat.

No comments: