Kadar Zakat Fitrah 2014/1435 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kadar Zakat Fitrah 2014/1435


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
 
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim 
 

KADAR FITRAH
 
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. 

ZAKAT DARI SEGI BAHASA 
Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersihsucisuburberkat, dan berkembang. Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

ZAKAT DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

HIKMAH PENSYARIATAN ZAKAT
Tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah bertujuan untuk :
  • Mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka.
  • Menyatukan umat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT
  • Melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram kepada pembayar zakat.


KADAR ZAKAT FITRAH 2014 M / 1435 H MENGIKUT NEGERI :
Kelantan RM7.00 
Pahang RM7.00 
Perlis RM6.50 Kedah RM7.00 
Pulau Pinang RM7.00 
Perak RM7.00 
Selangor RM7.00 
Negeri Sembilan RM6.50 
Melaka RM6.70 
Sarawak RM7.00 
Sabah RM7.00 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan RM7.00 
Terengganu & Johor - Belum Diumumkan 

*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras. 

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing bang... baru semalam cerita pasal zakat fitrah...