Header Ads

Kiki Menerima Balasannya

Kiki Menerima Balasannya
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, 30, atau lebih dikenali sebagai Kiki di laman sosial yang berperangai macam gengster yang bertindak ganas ke atas seorang pesara kerajaan setelah keretanya dilanggar baru-baru ini didenda RM5,000 dan dihukum melakukan kerja-kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku salah atas dakwaan melakukan khianat terhadap kereta Toyota Corolla yang dipandu Sim Siak Hong, 68, di kawasan parkir Pusat Transformasi Bandar di sini pada pukul 1.10 tengah hari, 14 Julai lalu.
Dia didakwa mengetuk bonet hadapan, bonet atas dan cermin hadapan kereta tersebut menggunakan pengunci stereng yang menyebabkan kerugian berjumlah RM500.
Kiki didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari manakala Kiki diwakili peguam bela, Rosli Yusof.
Video memaparkan kelakuan Kiki baru-baru ini menjadi viral di Internet selepas dia dirakamkan mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul kereta yang dipandu Siak Hong selepas pesara kerajaan itu terlanggar bahagian belakang kereta Peugeot 208 miliknya.
Video tersebut yang dimuat naik ke laman-laman sosial turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

No comments