Perbezaan KIlang Jepun Dan Barat. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Perbezaan KIlang Jepun Dan Barat.

Perbezaan KIlang Jepun Dan Barat.
Sudah sebulan lebih aku berpindah kerja dari kilang lama aku iaitu sebuah kilang Jepun dimana selama 16 tahun aku bekerja dan berjumpa jodoh disana..hehehehehehe.

Banyak ilmu aku perolehi dari bekerja di kilang tersebut hingga aku menjadi pekerja mahir dalam bidang aku ini, Kalau nak kata aku tak rindu kilang lama aku ini ...bohonglah ler sangat-sangat...memang rindu dengan suasananya tetapi life must go on...meaning perut perlu makan maka perlu bekerja walau apa pun lerr..ahaks.

Kilang terkini aku kerja ini sebenarnya sebuah kilang perkongsian Taiwan dan Amerika Syarikat tetapi sistem yang dijalankan ialah sistem barat. Auditor dia semuanya dari Amerika Syarikat. Buat pertama kali aku lihat Mat Saleh rounding production serta buat audit...hehehehe.

Perbezaan utama yang aku lihat ialah sistem maklumat kilang barat yang memang up to dated ler. Kalau kau kata tak dapat maklumat memang bohong lerr..What Appss, e-mail, lap top lagi dan handphone kau link dengan e-mail company. Semua maklumat setiap apa yang berlaku walau kau cuti pun memang kau tahu..hehehehe.Tu yang lemah tu...ahaks.

Manakala kilang barat ini mengamalkan sistem kerja pengkhususan dimana kalau kau jaga production tugas kau hanya jaga output, quality dan manpower jer. Kalau mesin problem ker, kau cepat-cepat updated dalam komputer dan ianya menjadi masalah engineer. Selesai masalah kau..

Tapi di kilang Jepun semuanya masalah kau, kalau shipment salah, kalau mesin problem semuanya production kena jawab ler.. Mahu tak mahu kau kena belajar atau faham semua benda ini dari planning hingga ke shipment. Untuk aku dari sini ler kau dapat kaut ilmu seberapa banyak yang mungkin. Itu kebaikan kilang Jepun ler. Tapi memang stress lerr..ahaks.

Pendek kata perbezaan kilang Jepun dengan Barat ini hanyalah dari segi teknologi maklumat dan pengkhususan kerja mereka. Itu ajer. Dari segi management tetap kaut dari Jepun juga seperti 5"S. Lean Manufacturing, Gemba, Kaizen...hehehehhe.

Cuma sekarang ini masalah aku ialah nak belajar teknologi mereka ajer. Semua output tengok kat komputer, real time data siap dengan graf dan macam-macam lagi ler.. Itu aku agak ketinggalan ler..sekarang tengah merangkak belajar sikit-sikit..

Biasalah bila kerja baru ini, kita belajar dari masalah. Bila ada masalah baru kita belajar kan.
Yang penting sentiasa kena berfikiran positif dan happy..
.

3 comments:

Teacher Basariah said...

selamat bertugas di tempat baru

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Saya pun pernah alaminya. Cuma tempat baru kena buat muka tebal sikit dan tak leh besarkan diri sangat. Humbel insyallah ramai yang nak ajar nanti.

Farha IbuCergas said...

Kalau saya, nak buat tajuk,
Bekerja di Syarikat US vs Syarikat GLA


Pergh mmg totally different.
masa kilang US, sgt la strict dan mmg x de masa lepak wlau sikit pon.

tapi masuk GLC.. what!!! apekah minum2 pagi dan minum petang ini??

:3


Jom Intai Harga Set Bersalin Shaklee di IbuCergas