Header Ads

Remaja Paling Tinggi Di Dunia

Remaja Paling Tinggi Di Dunia

Seorang remaja berusia 17 tahun dengan ketinggian 213.6 sentimeter secara rasmi diisytiharkan remaja perempuan paling tinggi di dunia, semalam. Rumeysa Gelgi menerima anugerah Rekod Dunia Guinness pada satu majlis khas di bandar kelahirannya di Safranbolu, Karabuk.

Rumeysa, penuntut sekolah menengah tinggal di rumah bersama ibu bapanya dan beberapa kakaknya yang mempunyai ketinggian normal. Ketinggian luar biasa Rumeysa berpunca daripada Sindrom Weaver - kecelaruan genetik yang menyebabkan tumbesaran melampau.

Remaja Paling Tinggi Di Dunia
Disebabkan penyakit itu, dia bukan saja mengalami ketinggian yang pesat malah tangannya turut membesar 24.5 sentimeter dan kakinya 30.5 sentimeter, bersamaan saiz 12 kasut lelaki.

Kerana kaki yang sangat besar, kasut yang dipakainya terpaksa ditempah di Amerika Syarikat. Dengan ketinggiannya itu, Rumeysa mempunyai masalah untuk bergerak dan terpaksa mengguna kerusi roda khas serta tongkat bagi membantunya berjalan. Menceritakan pengalamannya, Rumeysa berkata dia sering dicaci sebelum ini.

Tetapi dia kini sudah lali dengan pandangan negatif masyarakat dan menganggap ia perkara remeh. Katanya, sekarang dia memfokuskan kepada aspek positif. 

 “Saya suka menjadi orang yang berbeza berbanding orang lain. Ia menyenangkan saya mencapai sesuatu di tempat tinggi dan memandang orang lain dari atas,” katanya.

Remaja Paling Tinggi Di Dunia

No comments