Skuad Piala Thomas 2014 Terima RM80,000 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Skuad Piala Thomas 2014 Terima RM80,000

Skuad Piala Thomas 2014 Terima RM80,000

Skuad Piala Thomas 2014 menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM80,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Ini bermakna Liew Daren, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Goh Soon Huat, Tan Boon Heong, Hoon Thien How, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Chan Peng Soon menerima RM8,000 setiap seorang.

Majlis Sukan Negara (MSN) juga memberi ganjaran sebanyak RM16,000 di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR), serta RM8,000 kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP).

BAM sebelum ini memberi ganjaran sebanyak RM25,000 setiap pemain sebagai ganjaran berjaya mara ke perlawanan akhir dan muncul naib juara Piala Thomas 2014.

Skuad Piala Thomas 2014 Terima RM80,000

1 comment:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah..seronok lah mereka nanti. Dapat durian runtuh tu.