Header Ads

Syawal Di Melaka

Hari ini sudah masuk hari kedua hari raya. Hari pertama sembahyang raya dekat umah mak aku.

Lepas tu pergi ke umah mak mentua aku. Lepak jap, dan kemudian ke umah mak aku semula.

Inilah kesan kalau berkahwin satu negeri..kikiki. Kalau satu negeri, kau jadi pengembara jalanan dari satu ke satu rumah.

Apa nak buat rumah mak dan rumah mak mentua dekat ajer.

Rumah sedara janganlah cerita.. memang penuh jadual..hahahaha. Tapi aku jalan yang termampu jer.

So kalau kita bercerita kahwin dengan orang dekat lagi senang maka anda salah..hihihi.

Cuma kebaikannya, ibubapa kita dekat di mata. Dan anak-anak kita lebih kenali nenek dan datuk mereka.

Dan kalau ada hal...boleh ler anak kita dijaga oleh nenek mereka..hahahaha.

Akhir kata Selamat Hari Raya...
Bagaimana raya anda hari ini...

2 comments

Hazmin Hamudin said...

Hari Raya kalau berjalan sana-sini baru meriah bro. Cuma letih sikit la. hehe

Kathy R'bain said...

Wah..puas beraya ni..