Header Ads

Tragedi MH17 Terhempas

Tragedi MH17 Terhempas
Gambar Serpihan MH17
Satu lagi tragedi sedih menimpa MAS dan rakyat Malaysia apabila pesawat Malaysia MH17 terhempas di kawasan antara Rusia dan Ukraine. Tragedi demi tragedi besar menimpa MAS yang bermula dari MH370 hinggalah terkini MH17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat yang terhempas di Ukraine adalah milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Beliau berkata, sekiranya benar pesawat MH17 berkenaan didapati ditembak jatuh, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.



Katanya, beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menghubunginya untuk menyatakan sokongan dalam hal tersebut.

"Malaysia dan AS juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan siasatan antarabangsa dan bersetuju untuk tidak menyembunyikan sebarang hasil siasatan.

"Sekiranya betul pesawat MH17 berkenaan di tembak jatuh, mana-mana pihak tidak dibenarkan mengalihkan bangkai pesawat termasuk kotak hitam," katanya dalam sidang akhbar pada pukul 4.30 pagi tadi di Hotel Sama-Sama di sini. Sumber: Utusan Malaysia


Anggota Tubuh MH17 Berkecai
Pegawai Kementerian Kecemasan Ukraine berkata terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai di sekitar 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
Beliau yang berada di lokasi berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan, lapor Berita Harian berasaskan Sky News hari ini.
Kerajaan Ukraine percaya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh, namun kerajaan Malaysia masih belum mengenal pasti punca tragedi berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada sidang media ringkas di Hotel Sama Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini berkata kerajaan Malaysia juga menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dibawa ke muka pengadilan.
"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat ditembak jatuh. Pada peringkat ini, bagaimanapun Malaysia masih gagal mengesan punca tragedi," kata Najib.
Sementara itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata, angkatan tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat MAS MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media sebentar tadi, lapor media itu.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing MH17 itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia semalam.
Sementara itu, MAS melalui Twitter melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 yang bertolak dari Amsterdam.
Kedudukan terakhir pesawat MH17 ialah di ruang udara Ukraine.
Sementara itu, AFP melaporkan beberapa mayat ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat MH17 malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran, manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.
Pesawat Boeing 777 MH17  itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

No comments