Header Ads

Wajah Diplomat Malaysia Kes Cabul Di New Zealand

Wajah Diplomat Malaysia Kes Cabul Di New Zealand
Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan. 

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Star semalam, tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang. Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat imuniti diplomatik dan sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan semalam bahawa kerajaannya sudah menuntut imuniti diplomatik lelaki yang dituduh melakukan "pencabulan seks dengan niat merogol" di Wellington bulan lepas agar dibatalkan, tetapi ditolak.

Apabila ditanya tentang sebab mengapa diplomat tersebut dipanggil kembali, Anifah memberitahu The Star mungkin terdapat salah faham emel yang dihantar ke Wisma Putra oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand.

Anifah yang akan mengadakan sidang media tentang isu tersebut pada hari ini berkata diplomat tersebut akan dikembalikan ke Wellington hanya jika dijanjikan perbicaraan yang adil dan nyawanya tidak terancam di sana.

Wajah Diplomat Malaysia Kes Cabul Di New Zealand
New Zealand (NZ) mendedahkan bahawa ia sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh 'memecah rumah dengan tujuan merogol' di Wellington bulan lepas. Diplomat tersebut yang dalam linkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya.

Beliau juga didakwa dengan rompakan dalam insiden yang sama. Bagaimanapun, beliau 'lari' daripada New Zealand dan pulang ke negaranya apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.

Identiti serta kewarganegaraan diplomat tersebut masih belum didedahkan media di New Zealand selepas hakim di sana mengeluarkan arahan sekatan atas butir-butir dirinya. Perdana Menteri NZ John Key memberitahu media pagi semalam bahawa pentadbiran beliau menuntut supaya imuniti diplomatik lelaki tersebut dibatalkan, namun ditolak.

 "
Wajah Diplomat Malaysia Kes Cabul Di New Zealand
Adalah keutamaan bagi kami untuk orang ini bertanggungjawab di New Zealand, namun ini ditolak pihak negara lain," Keys dipetik dari media, menambah – beliau diberi jaminan diplomat tersebut akan bertanggungjawab dalam negaranya sendiri.

Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan New Zealand.

 "Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat," kata McCulluy kepada akhbar harian New Zealand, The Dominion Post. Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya New Zealand mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, akan menghadapi keadilan.

1 comment

Teacher Basariah said...

hmm..macam2hal..sabaq jela..huhu