Header Ads

Kenapa ISIL Sukar Ditewaskan?

Kenapa ISIL Sukar Ditewaskan?
TENTERA Keselamatan Iraq (ISF) dan tentera Kurdis (Peshmerga) gagal menangani kemaraan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) kerana tidak bersatu dan tidak mahir berperang.

Semalam, ISIL dilaporkan membunuh puluhan askar ISF dan Peshmerga di Anbar, barat daya Iraq selepas menguasai sebahagian besar utara negara itu terutama Mosul.

Penduduk di kawasan itu kini kehilangan tanah, harta benda termasuk empangan utama mereka.

Pengarah penyelidikan Institut Kajian Perang Amerika Syarikat Jessica Lewis berkata, di atas kertas ISIS dilihat tidak setanding ISF dan Peshmerga kerana ISF mempunyai lebih 270,000 askar dan 340 kereta kebal manakala Peshmerga mempunyai 80,000 askar.
“ISF dan Peshmerga menggunakan taktik koordinasi pembahagian jajahan sedangkan ISIL melakukan serangan bersepadu hingga memberi kesan besar terhadap satu-satu sasaran,” katanya.

Menurutnya, ISF dan Peshmerga sangat lemah dan tidak berkaliber sebagai tentera kerana kebanyakan mereka adalah bekas buruh. 

“Mereka mengamalkan pemikiran konservatif iaitu hanya setia kepada puak masing-masing dan bukan kepada negara. Masalah ini makin besar selepas segala lantikan pegawai dipengaruhi latar belakang agama seperti Syiah dan Sunni malah mereka tidak cekap dalam hubungan diplomatik antarabangsa,” katanya.

Timbalan komander bekas angkatan tentera AS-Iraq, Leftenan Jeneral Mike Barbero berpendapat, selama ini, ISF dan Peshmerga hanya berkawal di pos kawalan tentera dan tidak mengikuti latihan ketenteraan.
“Ini menyebabkan mereka tidak aktif dan tidak mempunyai kemahiran di medan perang,” katanya.

Menurutnya, Peshmerga secara dasarnya bermaksud orang mempunyai keberanian menghadapi kematian,’ tetapi mereka tidak pernah dibiasakan dengan peluru.


“Alasan itu diambil selepas berbincang dengan seorang pegawai tentera mereka, selepas ISIL menawan empangan Mosul. Beliau berkata, mereka kehabisan peluru dan gagal melawan serangan ISIL,” katanya.

Jurucakap Jabatan Negara AS Marie Harf pula berpendapat, latar belakang yang kurang mahir di medan perang punca mereka tewas.

“Mereka mampu melawan. Buktinya ketika era Saddam. Namun, selepas Saddam digulingkan Kurdistan ditinggalkan sendirian. Atas dasar itu, AS menawarkan bantuan ,” katanya.

No comments