Maidin Ibrahim Meninggal Dunia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

Pelawak veteran, Maidin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Pak Tam meninggal dunia jam 2 petang tadi akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.

Allahyarham, 76, yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami dan sitcom Pantai Timur pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2001 dalam drama Pinang Durian.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham selalu digandingkan bersama pelawak, Pie dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anaknya serta tiga cucu.

Di media sosial, rata-rata peminat terkejut dengan berita ini serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

No comments: