Model Bogel Perak Di Denda RM400 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Model Bogel Perak Di Denda RM400

Model Bogel Perak Di Denda RM400
Tempoh hari kecoh apabial 2 model separuh bogel membuat photo shoot di Perak. Akuingatkan mereka memang kahwin rupanya tengah bergambar...hehehehe

Dua model yang berpakaian separuh bogel ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusuff, di sini, Isnin lalu masing-masing dijatuhi hukuman maksimum denda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam.
Tertuduh, Low Kah Wai, 27, dari Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, Selangor dan How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Model Bogel Perak Di Denda RM400
Kah Wai dan Jo Yee didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat di hadapan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu. 

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM400.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Soong.

1 comment:

Kathy R'bain said...

adoiyai..ap ke pelik punya model..