Obses Dengan Warna Merah Dan Putih - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Obses Dengan Warna Merah Dan Putih

Seorang ahli perniagaan hartanah di bandar ini terlalu taksub dengan warna merah dan putih sehingga pejabat, kereta dan rumahnya dicat dengan warna tersebut.

Kasut dan pakaian ahli perniagaan itu, Sevenraj, 52, turut mempunyai warna merah dan putih.

Obses Dengan Warna Merah Dan Putih
Isterinya, Pushpa, 42, dan dua anak pasangan itu, Bharathraj, 17, serta Maneesha, 15, turut memakai pakaian yang mempunyai warna tersebut.

Sevenraj berkata, minatnya terhadap warna berkenaan bermula sejak dia muda lagi.

Menurutnya, dia memilih kedua-dua warna itu kerana dia mahu mewujudkan identitinya yang tersendiri.

Menurut Puspha: "Lapan belas tahun lalu apabila saya berkahwin, ia merupakan sesuatu yang baharu buat saya (minat suaminya dengan warna itu). Selepas itu, saya memahami kegilaan suami saya dan memberi sokongan kepadanya."

Sevenraj juga meminati nombor 7777.

Kereta ahli perniagaan dan blazer yang dipakainya mempunyai nombor itu.

Obses Dengan Warna Merah Dan Putih


Obses Dengan Warna Merah Dan Putih

Obses Dengan Warna Merah Dan Putih

Obses Dengan Warna Merah Dan Putih