Header Ads

Pengumuman UPU Hari Ini (12.08.2014)



Semakan keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf untuk sesi akademik 2014/15 boleh dibuat melalui SMS bermula jam 12 tengah hari hari ini.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat di laman web Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, semakan itu dibuka selama sebulan sehingga 11 September depan jam 11.59 malam.

Kelewatan SMS keputusan bagaimanapun mungkin berlaku disebabkan jumlah semakan yang tinggi. 

Individu yang ingin menyemak boleh menaip UPURESULTNo KP dan hantar ke 15888. Hubungi talian hotline UPU di 03-88706767 untuk sebarang maklumat lanjut.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya jangan sedih kerana 
"Setiap Kegagalan Itu Hanyalah Penunda Kejayaan Yang Sebenar"

No comments