Sebab Penganiayaan Politik Khalid Gagal!! - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sebab Penganiayaan Politik Khalid Gagal!!

Percaturan Politik Terhadap Khalid Gagal!!

Nampaknya isu pemecatan Menteri Besar Selangor telah gagal!!!
Tempoh hari aku ada membuat analisa lengkap mengenai nasib Khalid dan sangat pasti Khalid akan digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.


Tapi pada hari ini semuanya meleset. Melalui analisa aku, Khalid pasti akan dipecat/gugur sebab:
a) Sultan Selangor tak suka Khalid disebabkan kes MAIS.
b) Anwar mendapat sokongan penuh PAKATAN RAKYAT.
c) Khalid mengganggu orang kuat Anwar iaitu Azmin.

Namun semuanya meleset apabila Sultan Selangor perkenan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor!!!

Sebab Penganiayaan Politik Khalid Gagal!!
Aku pun terkejut mendengar keputusan Sultan Selangor semalam. 

Aku jangkakan Sultan Selangor pasti akan ambil kesempatan masalah politik Abdul Khalid dengan memecatnya..

Cara kedua gugurkan Abdul Khalid melalui undi tidak percaya ahli exco kepada beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau harus mendapat sokongan majoriti sebelum kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah mendapat perkenan Sultan. Dan dalam perlembagaan, kalau 4 orang EXCO sokong Abdul Khalid maka Khalid dah boleh mentadbir.


Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan supaya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), mesti sekurang-kurangnya empat orang ahli ataupun sehingga 10 orang ahli.

Sebab Penganiayaan Politik Khalid Gagal!!
Dan sekali lagi jangkaan aku meleset kerana 4 ahli EXCO PAS telah menyokong Khalid. Dan sekali lagi Khalid telah selamat!!!

Dan kali ini satu lagi cabaran menanti Abdul Khalid iaitu beliau harus memastikan ADUN menyokong beliau. Jika PR dapat mengumpul 29 ADUN Selangor menolak kepimpinan Khalid dari 56 ADUN  maka Khalid terpaksa berundur!!!

Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar jika:
a) Mendapat Perkenan Sulatan Selangor ------SELESAI
b) Mendapat 4 sokongan EXCO -------SELESAI
c) Mendapat sokongan lebih 29 ADUN-------------ON PROGRESS

Analisa aku untuk kes ( c ) ialah nasib Khalid 50/50 akan mendapat sokongan ADUN sebab:
a) UMNO akan beri sokongan dengan 12 ADUN mereka.
b) PAS akan beri sokongan dengan 15 ADUN mereka.

Manakala PKR terdiri dari 14 ADUN dan DAP 15 ahli ADUN bisa membuat Khalid dipecat. Sebab jumlah mereka sudah cukup pecat Khalid iaitu 29 ADUN.

Tapi aku yakin ADUN PKR yang ada sekarang ini pun masih lagi berbelah-bagi mengenai nasib Khalid. Apatah lagi kalau Khalid tawarkan kerusi EXCO buat mereka....hehehehehe.

Budaya politik Malaysia ialah keluar parti dan jadi Bebas. Itu nasihat aku pada ADUN PKR yang nak sokong Khalid. Jangan masuk UMNO lak...hahahahaha.

Sebab Penganiayaan Politik Khalid Gagal!!

1 comment:

Engku Muzahadin said...

Pening, asyik nampak cerita ni saja dkt online news semua...